Memulakan perjalanan selepas habis kerja pada petang sabtu yang dingin. Ada tanda-tanda nak hujan. Betul bagai di kata. Petang tu hujan turun membasahi bumi.
Dalam 7.30pm selepas melalui hampir 2 jam perjalanan selamat tiba di bumi bersejarah, Melaka.
Akhirnya dapat kembali ke Melaka sebagai pelancong dan menyokong Tahun Melawat Melaka 2024 (Visit Melaka 2024)
Memilih untuk tinggal dan menginap di Guest House ini sebab tempatnya privacy, biliknya selesa dan harga untuk dua malam hanya RM 115+
Mendapat bilik D. Paling hampir dengan tangga dan agak jauh sikit daripada dapur dan tandas.
Lepas maghrib berjalan mencari makan. Singgah sini sebab dah terlalu lapar. Memang tak memenuhi anak tekak. Terpaksa sebab nak cepat dan malas nak cari tempat lain.
Set asam pedas ikan kembung. Tapi kenapa ikan ni banyak tulang ye?
Berjalan malam dari penginapan di Jalan Laksamana 1 hingga ke tepi sungai ini.
Ada uptown kat sini. Rasanya lebih 2km+ (anggaran) ke lebih? Beratus jugalah gerai jualan. Kira lebih kurang macam Jalam TAR di KL.
Menara Taming Sari. Nak naik pada waktu siang. Baru berbaloi. Terutama pada waktu view cerah dan tak hujan atau mendung.
Dalam kegelapan malam. Ni je gambar yang elok sikit daripada beberapa keping yang di ambil.
Harga tiket naik River Cruise Melaka. Tak ingat berapa harganya dulu. Datang pun masa Najla kecik tahun 2018 atau 2019 kalau tak silap.
Deretan beca yang ada dan menunggu penumpang. Penuh warna warni dan rata-ratanya adalah anak muda belia.Tak tahu berapa harganya sebab tak bercadang pun nak naik.
Suasananya. Ramai juga orang dan ada beberapa kali terpaksa berhimpit sebab jalannya kecil dan sempit di tambah pulak dengan orang yang berhenti membeli atau melihat - lihat barang jualan.
Nota Kaki : Berakhir episod berjalan di malam hari pertama. Ke mana destinasi dan tempat tujuan esok? Tunggu di entry selanjutnya.
lama tk pegi melaka...dlu2 kerap juga outstation so sambil2 keje sempat la jln2 juga
ReplyDeleteYe la. Samalah saya juga. Bila outstation kerja, dptlah jln2 ke tempat org.
Delete