732 - Festival Budaya Malaysia (FBM 2026) @ Taman Tasik Titiwangsa

shaizhar
1

 

Lepas habis kerja 11 September 2026 terus pecut ke sini. Sampai dalam 33 minit.

Ada lagi pintu gerbang.

Peta lokasi sebagai panduan Dan aturcara aktiviti sepanjang festival.

Ada persembahan yakni pertunjukan fesyen dari negara Vietnam 

Suasana petang hari tersebut.

Antara gerai jualan yang ada.

Yang manis - manis pun ada.

Deretan air balang warna warni.

Luas sungguh kawasan Tasik Titiwangsa INI. Jom teruskan ukur jalan.

Macam - macam pesta ada kat sini.

Antara port OOTD

Lagi deretan gerai jualan. Memang meriah.

Lagi deretan air balang warna warni.

Dah sampai Utaqa. Baru lepas habis persembahan pencak silat di iringi muzik tradisional

Macam - macam ada kat sini. Kena luangkan setengah hari kalau betul - betul nak nikmati atau layan setiap satu daripanya.

Kat sini pun ada lagi. Tak masuk pun.

Ada kenderaan lama/antik juga di pamerkan.


Lagi peta panduan dan maklumat untuk pengunjung.

Tengoklah petaka baru tahu bertapa luas sebenarnya Tasik Titiwangsa ini. Berapa kali ganda agaknya kalau dibandingkan dengan Tasik Kelana Jaya dan tasik - tasik yang ada di Malaysia ini.

Dah sampai dekat perkampungan orang asli. Tak pasti pulak dari negeri mana.

Ada persembahan tarian kebudaya mereka.

Ada juga jualan buah - buah dan produk mereka.

Lagi kawasan jualan.

Dah sampai ke negeri Sabah. Boleh bah kalau kau!

Mungkin ini konsep atau replika rumah panjang kot! ke salah.

Dah masuk areas Festibal Citarasa pulak.

Macam - macam makanan & minuman. Ada satu gerai tu beratur panjang.Kalau tak silap jual 'serabai'. 

Terliur bila tengok balang - balang minuman ni. Hanya mampu telan air liur sahajalah.

Ada jual rojak buah. Baru teringat kuah rojak yang aku beli masa balik Kedah belum di rasmikan. Nak kena cari buah potonglah kalau macam itu.

Deretan jualan aneka kerepek.

Ruangan duduk - duk dan santai - santai pun ada.

Berada di kawasan Tourism Malaysia. Mungkin ada antaranya lepas MATTA Fair terus  sambung kat sini pulak.

Tak banyak.Tapi ada.

Ada juga farm fresh.

Lagi pempamer yang terlibat.

Pintu gerbangnya.

Bersama maskot Tahun Melawat Malaysia. Ada namanya, tapi lupa.

Lagi satu keping untuk kenangan.

Ni kalau Najla Nazihah tengok ini mesti dia suka.

Ada juga pameran lukisan. Datuk Imuda pun ada. Segan nak ambil gambar.

Lagi yang berjualan.

Ada pentas besar juga.

Ni kawasan Budaya India. Untuk budaya Cina tak perasaan pulak. Mesti ada punya nama pun Festival Budaya Malaysia kan.

Lagi gerai jualan.

Suasana petang di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dan cuaca berjerubu,

Bahagian tepi pulak belatar belakangkan Istana Budaya.

Kasi selfie satu kali.

Panduan yang macam ini yang kita inginkan.

Lagi hasil karya seni dari insan - insan berbakat.

Memang luas kawasannya. Rasanya tak sampai 50% pun kot yang aku jelajahi. Ada lagi kawasan - kawasan gerai jualan dan pameran lain. Tak terjangkau nak cover semua. Yang mana yang termampu je lah. Entry ini auto update jadinya hanya keluar selepas acara tersebut dah habis,

Nota Kaki : Kalau sesiapa yang mengenali aku dalam dunia blog ini aku adalah sejenis yang suka pergi Karnival, Festival, Pesta dan yang sewaktu dengannya. Terutama yang melibat pelanconga, kesenian, budaya, muzik, buku serta makanan & minum dan tak terkecuali berkaitan haiwan peliharaan terutamanya kucing.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aku pergi jugak ke sini bawak mak aku Jumaat tu. Masa tu belum rancak lagi, ada gerai yg baru nak set up tapi dah banyak jugak yg dah mula jualan. Tak boleh bayangkan pergi hujung minggu tu mesti penuh parking dan ramai giler orang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !