Alhamdulillah minggu ni check in di Bandar Baru Bangi pulak. Lepas kerja terus gerak - gerak ke sana. Perjalanan men gambil masa lebih kurang 30 minit.
Akhirnya sampai ke Restoran Nasi Ayam Yunnan di Bandar Baru Bangi. Dah lama tak ke sini. Tahu kewujudannya sebab satu masa dulu selalu bawa anak buahku ke sini.Waktu itu dia belajar di Uniten (Universiti Tenaga Nasional).
Di dalamnya penuh dengan orang. Jadi duduk sahaja di luar. Macam biasa order mengunakan QR Code. Bagi aku lebih mudah dan cepat.
Order nasi ayam yang biasa sahaja harga RM 10.90 dengan air ais harga RM 0.30 kalau tak silap atau RM 0.50.
Suaasana di dalamnya.
Yang ramai - ramai tadi sudah habis makan.Patut kena amalkan konsep. Lepas makan kemask sendiri lebih memudahkan semua pihak.
Sekitar 2pm dah check in dekat sini.Lokasi beberapa meter sahaja dari Restoren nasi ayam tadi.
Pintu masuk hotel.
Maklumat yang ditampal di cermin hadapan.
Tempat duduk dan menunggu.
Kaunter pendaftaran sangat cepat dan laju tak sampai 3 minit dah siap.
Dapat bilik di tingkat bawah.
Bilik 003.
Bilik kecil sahaja tu pun harga dekat RM 70 termasuk RM 5 cukai Majlis Perbandaran.
Sebelah dia ada ini. Memandangkan duit dalam bank tinggal ciput dan hanya ada cash jadi tak berjaya nak makan di sini.
Akhirnya pusing - pusing kawasan sekitarnya jumpa Restoren makan segera ini yang makin pupus di kawasan Lembah Klang. Katanya kat PJ ada tapi aku cari2 tak jumpa - jumpa.
Maklumat dan informati di luar dan ditampal di cermin depannya.
Nasib baik kat sini terima tunai kalau tak kena cari tempat makan lain.
Suasana meja dan kerusi tempat makan/minumnya. Hanya ada 1 orang pelanggan ketika itu sekalin dari aku.
Selfie satu kali bukti dah sampai sini.
Tempat sos yang sangat bersih dan lain dari yang lain. Tempat sudu, garpu dan tisu.
Menu pilihan. Nasi tu tak tahu apa nama dia. Ada kismis juga.2 Ketul ayam dan acar. Teh o ais tu tak berapa nak kena pada anak tekak aku.;
Zoom lebih jelas dan dekat.
Malam - malam cuci mata dan jalan - jalan sekitar kawasan ini. Tersesat di sini.
Banyak jubah dan kurta.
Cari juga kalau ada jual seluar 'umrah'. Tak ada u allz.
Tersesat di sini. Beli makan malam. Yakni burger ayam special (tiada gambar)
Harga semasa burger jalanan pada masa kini. Serta pilihan aneka macam jenis burger yang lain.
Nota Kaki : Sambil menyelam sambil minum air. Alhamdulillah dapatlah customer urut. Dapatlah cover kos bilik hotel, pertrol dan makan/minum sepanjang 2 hari 1 malam di sini. Bersambung di episod selanjutnya.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.