Alhamdulillah patutnya plan ke Melaka tapi tangguh dulu ke bulan Okt'26. Jadi kita buat misi Jalan - Jalan Cari Makan sambil berkerja sambilan. Mana tahu ada rezeki.
Akhirnya bermula episod 2 Hari 1 Malam di Bandar Kajang, Selangor. Destinasi pertama tentulah Restoran Sate Kajang Hj Samuri. Teringat dulu ada anjuran event '2nd Anniversary Msjbox.com' di sini. Siap kek bentuk no 2 lagi. Kenangan - kenangan.
Misi makan sate kajang pun bermula. Selamat datang kembali ke sini. Sambil mengimbau kenangan lama. Nak mudah naik MRT turun dekat Stesen Stadium Kajang.
Sekarang dah ada jualan - jualan kat sini. Masa sampai ini sekitar 1.15pm. Bertolak dari Bandar Sunway sekitar 12.30pm.
Harga terkini. Dulu2 sate kajang kalau tak silap RM 0.80 sen/ RM 1.00 tahun 2000 kot!
Dah ada juga menu sarapan sekarang ini. Pepagi makan sate u all.
Ada juga jualan aneka macam kuih dan muih.
Harga hari ini. Pilih 6 cucuk sate je.
Dah sampai. Pantas dan laju juga.
Beli juga nasi lemak pada harga RM 3.00. Alhamdulillah sesedap rasa. Cukuplah buat rasa - rasa katanya. Yang lambat sampai adalah air. Rasa sate sekarang dah tak macam dulu. Tak tahu kat mana yang kurangnya. Apa pun kuah dan sambal sate masih sesedap seperti dulu.
Mencari arah menuju ke penginapan.
Alhamdulillah, mencari penginapan bajet. Harga bilik RM 70 lepas campur charge itu dan ini. Bolehlah buat tempat berehat dan bermalam sambil - sambil cari rezeki 'tepi'. Alah part time job aku tue. Penang dah settel. Kedah (Erm,) Alhamdulillah juga di Bahau, N9. Dan sekarang episod di Kajang.
Pilih sini sebab ada 99 Speedmart. Mudahlah kalau nak beli air dan makan. 2 kali jugalah pergi sini membuang duit.
Hotel 91. Lagi satu cawangan dekat 'town'. Tapi pasti pulak harganya.
Kena panjang naik tingkat 1. Sampai beberapa minit sebelum pukul 2pm. Urusan check in sangat di permudahkan.
Kawasan bilik - bilik. Sangat rapat ye. Kalau yang saiz gergasi datang tak tahulah muat ke tidak. Ops!
Katil tempat berehat dan berniaga. Erk! TV tak berfungsi. Tempat gantung baju tak ada. Aircond sejuk dan nyaman. Tiada tuala. Nasib baik bawa sendiri.
Tandas yang peluk tapi benar. Tengoklah bakul sampah di gantung macam tu.
Selfie - selfie dulu. Sambil - sambil corner baring atas katil dan rehatkan diri buat iklan kat group urut - urutan di Telegram. Alhamdulillah berbelas orang bertanya. Eh! lebih 20 orang juga rasanya. Kita layankan je lah. Tengoklah berapa yang boleh closed deal.
Episod pusing - pusing di Bandar Kajang. Aku pernah sampai beberapa kali.Tapi tak begitu mahir jalan - jalan kat sini. Search kat google tanya 'Pasar Malam near me' dia kata kat Taman Delima. Kalau tak silap. Jadi jom!! ayuh!! kita pergian. Jumpa pasar malamnya tapi tak berapa nak berkenaan dengan jualannya.
Tersesat kat sini. Kueh? Erm.. ala2 Resto suami Erra Fazira lah pulak.
Masuk tengok.Ada macam - macam jualannya. Nak beli apa yek?
Cara berlauk tu nampak best (beli). Ada popia (Tak beli)
Ada pilihan lain juga.
Dalam peti pun ada.
Ada kuih bakar juga. Fresh dari oven.
Kasi up keadaan sekitarnya.
Ambil itu dan ini, kemudian terus bayar.
Suasana pasar malamnya yang agak biasa - biasa sahaja.
Lagi keadaannya. Beli air soya panas (Tiada gambar)
Ini adalah hasilnya. Tetiba terlupa nak ambil sudu. Jadi pepandai la makan. Sagu gula melaka yang tak berapa nak manis. Bubur jagung pun sesedap rasa. Tak menyesal beli Cara berlauk (daging) harga RM 8.00 tapi isinya meriah dan rasanya mewah. Alhamdullih rezeki malam ini. Ada juga beli sesuatu di 99 Speedmart. Beli ais krim, keropok, kekacang dan yang paling penting air mineral dan air manis.
Syukur alhamdulillah dapat 3 customer urut malam ini. Lepaslah tolak duit hotel, duit minyak dan makan/minum sepanjang 2 hari 1 malam di sini. Adalah untung sikit lebihan daripada pendapat kerja sampingan ini.





.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
lama tk mkn sate samuri...kita suka kuahnya
ReplyDeleteYa kuah dan sambalnya masih seperti dulu. Cuma satenya dah mcm 'kureng' menurut tekakku.
Delete