(Sekadar gambar hiasan)
Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik dari Utara Malaysia. Rancangan awalnya nak balik 4 September 2026 tapi bila dapat tahu sepupu rapatku yang duduk Ipoh balik sebelum cuti merdeka jadi aku pun nekad balik Kampung lepas kerja hari sabtu 29 Ogos 2026. Balik rumah campak2 kain baju dalam beg dan terus gerak dari Bandar Sunway sekitar 2.30 petang.
Aku memilih ikut Guthrie masuk Shah Alam keluar Sungai Buloh dan kemudian melalui jalan lama ke Ijok. Kemudian masuk Latar. Bila sampai jalan besar di Assam Jawa, jalan mulai sesak dengan kenderaan termasuk juga lori serta bas dan kenderaan berat lain. Terpaksalah mencelah - celah. Jem sampai ke Tanjung Karang. Kemudian baru selesa dan best healing tengok permandangan sekitarnya yang dah lama tak pergi.
Rindu Sekinchan terubat juga. Tak singgah mana - mana pun. Terus ikut jalan lama sehingga masuk ke negeri Perak. Baru masuk highway WCE dari Hutan Melintang sampai Trong.
Kemudian ikut jalan lama menuju ke Taiping.
Akhirnya. Hajat di hati nak ke Taiping terlaksana. Pernah dulu sampai sini.Tapi dah malam, masa tu singgah rumah kawan. Kami team HR ada teambonding kat Langkawi. Dalam perjalanan balik Kuala Lumpur masa tu (Tahun 2008) kalau tak silap.
Setelah melalui 4 jam perjalanan santai.Akhirnya singgah makan di sini. Semuanya hanya mengikut gerak hati.
Tengok ada menu ini terus order. Orang boleh tahan lama juga. Mereka mungkin pilih menu goreng - goreng atau hidang lauk.
Suasana di sini. Di sebelah kanan lebih ramai orang. Pilih duduk di bahagian tepi sekali.
Air pun dah sampai. Alhamdulillah cepat sahaja.
Hidang dinner untuk malam ini. Syukur alhamdulillah dengan rezekinya. Order juga sotong celup tepung sebab tergoda tengok orang sebelah tu makan. Mangkuk dia menarik gambar perahu eh! ke sampan. Sos pencicah di asingkan di situ.
Chicken cop versi 'kampung' atau style Malaysia lah gamaknya. Okay je dalam tahap sederhana.
Di rezekikan untuk menikmati sotong setelah sekian lama.
Sampai juga ke Bandar Taiping. Pusing - pusing sahaja mengikut gerak hati.
Akhirnya sampai juga di luar Zoo Taiping.
Suasana sekitarnya.
Suasana di Tasik Taiping pada waktu senja.
Aku meneruskan perjalanan melalui jalan lama. Taiping - Bagan Serai - Parit Buntar kemudian masuk Penang melalui Nibong Tebal - Perai. Berhenti juga cari hotel bajet.Kebanyakkannya penuh. Ye lah musim cuti sekolah kan.
Akhirnya kat area Perai, Penang jumpa hotel ini. Boleh tahan juga harganya RM 89 kau. Check in dalam pukul 9 malam. Tetiba tanggan gatal buat iklan kat group urut di Telegram.
Dapat customer pertama di Seberang Jaya. Perjalanan kurang 5KM. Alhamdulillah rezeki dapat cover duit hotel hari ini.
Ini biliknya. Gambar bilik tempat aku menginap tak ada ambil pulak. Ntah tetiba macam malas pulak.
Alhamdulillah direzeki customer ke 2 yang incall kat hotel tempat aku bermalam.
Nota Kaki : Esoknya baru memulakan perjalanan menuju ke Kedah.



.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.