713 - Tahniah Datuk Ziana Zain

shaizhar
2

 

Akhirnya selepas 3 dekat dalam Industri seni tanah air. Ziana Zain kini bergelar Datuk

Tahniah !!! ZZ kesayangan ramai.

Alhamdulillah dalam gembira ada dukanya kerana kedua arwah ibu dan ayahnya tidak dapat bersama berkongsi kegembiraan ini. Apa pun mungkin inilah takdirnya sejak azali.

Siapa tak minat ZZ. Yang lahir tahun 80-an/ 90-an semuanya membesar dengan lagu - lagu beliau. Dengan filem dan drama lakonannya. Dulu - dulu jarang dia muncul di Kaca TV (Drama) tapi semenjak musim Covid. Agak kerap kemunculannya.

Ramai yang tanya apa lagu ZZ yang menjadi pilihan? Bagi aku susah nak pilih semua pun best. Album ke 3nya 'Setiaku di sini' merupakan album kegemaranku. Album Puncak Kasih pulak pada tahun 1996/1997 merupakan album 'kaset' pertama aku beli. Gigih kumpul duit belanja sekolah + beli walkman juga.

Masa zaman Sembilu ditayangkan masih baru nak up. Jadi tak pandai lagi nak ke Bandar (Pekan Alor Setar),lepas dah dapat 'lesen' (bukan lesen motor) tapi lesen keluar rumah dengan alasan pergi kelas tambahan atau tuisyen akan layan filem - filem lakonan ZZ . Dari Sembilu 2 ke Maria Mariana 1 & 2, Merah dan lain - lain. Semuanya layan sebab 'minat' dan sanggup ikat perut simpan duit belanja sekolah.

Bila dah masuk zaman kerja memang mudah sikitlah. Pernah ke Konsertnya kat PWTC tahun tak ingat. Konsert Head & Shoulders (shampoo) kalau tak silap (masa tue ZZ jadi duta). Kemudian Konsert Ziana Zain in the park kat PWTC juga.

Pernah jumpa depan dengan ZZ masa ada event kat Tasik Titiwangsa & show open house raya Menara  KL tahun 2003 kalau tak silap. Siap sepentas berjoget lagu 'Kalau Mencari Teman'. Dan yang paling tak boleh lupa masa tahun 2005 (ingat2 lupa) sepentas lagi, siap berduet lagu 'Sandarkan Pada Kenangan' masa Dinner anjuran MATTA kat Hotel Istana.

Itulah antara kenangannya. Dan yang terakhir dapat tengok persembahan penutupnya sewaktu Anugerah Juara Lagu 40 pada 15 Ogos 2026 baru - baru ini di Unifi Arena Bukit Jalil. Walaupun dari jarak yang jauh. Tapi nampak lah juga mukanya dan enjoy layan lagu Madah Berhelah dan Sangkar Cinta secara langsung. Masa beli tiket tak sangka pun yang ZZ akan menjadi artis jemputan.

Nota Kaki : Memang layak ZZ mendapat anugerah itu tambah2 dari negeri kelahirannya sendiri iaitu Melaka. Mana lagi? Melaka Leeeer!!



Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !