Syukur alhamdulillah dapat kembali mengunjungi pusara bonda. Dah 19 tahun berlalu.
Tujuan aku balik kampung pun sebab ziarah ayah yang uzur. Tahun ini umurnya dah 79 tahun. Dah kurus kering sebab tak ada selera makan.
Mengunjungi pusara mak saudara yang telah kembali ke rahmatullah tahun lalu. Dah setahun lebih.
Apa sahaja yang tinggal di kampung? Erm... rumah kampung kami pun dah terbiar tak ada penghuni. Kalau aku tak anak, sanggup je aku duduk kampung dan jaga rumah serta bergilir menjaga ayah yang sudah tua lagi uzur. (Minta maaf tiada gambar ayahku) Cukuplah aku simpan sendiri.
Kemudiannya singgah rumah arwah tok kami. (Nenek). Rumah pusaka tu sekarang di jaga dan di huni oleh sepupuku. Alhamdulillah dapat jumpa sepupu ku yang duduk Ipoh itu. Balik kampung sebab cuti sekolah. Berbual - bual dan bercerita macam - macam. Ragam anak2 sekarang mengadap HP je kerjanya. Selepas lebih kurang sejam di situ aku meminta izin untuk pergi dahulu. Sejak arwah 'Chu' mak sepupuku tu dah tak ada. Perasaannya rasa lain sekali. Tak tahulah macam mana ke depannya.
Jom kita sambung healing.
Agak2 ada blogger 'itu' tahu tak kat mana ni?
Healing kat kampung orang pulak. Lokasi ini tak jauh pun dari Kampung aku.
Suasana sawah pada ketika dan saat ini.
Suasana yang tenang dan damai.
Menarik dan tertarik tengok rumah ini dan suasananya. Rumah siapa lah ni.
Inilah kampung tadi. Kampung Kepala Parit. Kampung siapakah?
Yahoooo... Akhirnya sampai juga ke sini. Cafe Cabin Pink.
Kan dah cakap. Pink u allz. Kedai makan artis kau! Tak tau pulak kat Tokai ada artis. Tapi pada hari kejadian iaitu 31.08.2026 artisnya tak ada. Mungkin tengah shooting atau berada di KL.
Antara menu yang ada iaitu Laksa. Mungkin namanya Laksa Tokai kot!
Ada pokok buluh. Boleh OOTD kat sini.
Kedai tepi jalan. Tak nampak juga tak tahulah.
Oh Gula nama diberi. Milik artis bernama Mimi Ernida. Mungkin ramai yang tak kenal. Dia banyak je berlakon tapi mungkin 'tidak terlalu di kenali'.
Kenal? Hasil cilok dari FB
Antara menu pilihannya.
Melayang RM 23.00 sesekali kan. Ada alat berbunyi tu. Dah siap kena ambil sendiri. Konsep layan diri. Dah habis makan. Sisa2 dan bekas tu sila buang di dalam tong sampah berhampiran.
Suasana sekitarnya. Ada je orang datang tak putus - putus. Beratur pun tak terlalu panjang. Kat tepi sana ada juga ruangan makan berbumbung.
Skodeng mereka dari tepi tempat aku duduk.
Aku pilih kat area sini. Kasi layan sekeping gambar.
Lagi sekeping. Bukti dah sampai Oh Gula!!
Menu hidangan tengahari ini. Laksa, air zapple asam boi dan croffle milk choc
Manisan yang sedap.Tambah - tambah coklat kan. Nyum!! Nyum!!
Laksa special. Telur rebus sebiji. Kuah pekat. Aku bukanlah 'hantu' laksa. Tapi sedap je pada anak tekak aku.
Hidangan tengahari ini. Lepas dah kenyang jom kita healing. Pusing2 mengimbau kenangan dulu sambil healing tengok suasana di sini. Dari Tokai aku merempit melalui Bukit Raya kemudian Pendang seterusnya tersesat di Tanah Merah. Bukan kat Kelantan je ada Tanah Merah. Kat Kedah pun ada.
Singgah di sini. Siapakah mereka ini?
Kemungkinan pemilik Pasar Mini Pekan Rabu. Malas nak bersesak di Pekan Rabu kat tengah Bandaraya Alor Setar itu. Jadi aku singgah sini cuci mata dan tengok apa yang nak dibeli. Hanya mampu beli untuk diri sendiri sahaja.
Dulu selalu lalu sahaja tak pernah singgah. Zaman2 merempit jadi Runner Delivery produk Mamasab. Time covid Disember 2020 hingga Mar 2021. Lepas tu pindah balik Selangor.
Kalau ikut hawa nafsu semua pun nak di beli.
Hampir serba lengkap kat sini. Sama seperti berada di 'Pekan Rabu'.
Macam - macam ada. Siapkan duit jelah.
Akhirnya jumpa juga Mak Bee kat sini. Beli kuah rojak yang kecik je.
Kalau nak kereta mahu aku borong macam - macam ni.
Asam katok. Teringat kenangan di zaman kanak - kanak.
Ada juga aneka kerepek. Aku beli juga 3 bungkus buat kudap - kudapan.
Dodol pun ada. Serunding. Hanya mampu telan air liur shj.
Aneka pilihan kopi juga. Tak nampak pulak kopi cap tangan. Ke dah 'pupus' kopi itu.
Kerepek - kerepek dalam bungkusan yang besar pun ada.
Ada juga perkasam, asam jawa dan ikan kering.
Lagi kuih muih tradisional.
Seterusnya sambung healing lagi sampai ke Jalan Langgar lalu depan Hospital Besar Sultanah Bahiyah. Menuju ke jalan Hutan Kampung. Ada nampak Kopi Saigon tapi macam tak nak pulak minum kopi.
Akhirnya tersesat di sini. Jom makan kenduri.
Alhamdulillah selepas lebih 2 tahun akhirnya kembali menikmati Nasi Kenduri Kawin. Hari - hari pun boleh makan nasi kenduri. Cer teka berapa harga ini?
Panas - panas ini rasa haus je anak tekak. Order lah Cendol. Gula merahnya sedap amat tapi kalau hari - hari boleh potong kaki. Manis yang amat. Jadi aku tambahlah air kosong bagi kurang sikit manisnya.
Harganya hanya RM 12.00
Nota Kaki : Esoknya 1 September 2026 akan kembali ke sarang. Alhamdulillah dapatlah juga luangkan masa dengan ayahku. Urut - urut dia, mandikan dia dan bagi makan. Pada keadaan sekarang memang tak ada selera nak makan. Air wajibnya ialah Kopi dan hanya makan telur rebus. Ada juga kakak aku bagi kuih dah muih. Aku tak tahu bagaimana pengakhirannya. Apa pun redha je lah. Cuma terkilan tak dapat jaganya untuk masa yang lama macam 2 tahun lalu bila dia kena strok. Masa tu aku kerja 'sendiri' berhenti kerja dari Ofis. Jadi dekat 3 minggu masa tu aku menjaganya.


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.