729 - X Plore Negeri Sembilan (Bahau - Kemayan - Bahau) Episod Jalan - Jalan Cari Makan & Tersesat hingga ke Pahang

shaizhar
0

 

Alhamdulillah pertama kali ke BAHAU.

Kenapa BAHAU? Ntah! tetiba rasa macam nak stay area sini.

Menginap di hotel bajet iaitu Oyo Sri Mutiara.

Tak masuk pun hanya lalu sahaja di Zemart.

Jom menyelam di kedai Bundle.

Tak ada yang menarik.

Harga boleh tahan juga.

Selfie sekeping. Nak ke mana lagi ye?

Pertama kali nak minum Kopi ini.

Sunyi dan sepi sahaja.

Bukanlah peminat kopi tetapi marilah kita try, test dan rasa.

Harga di RM 7.90 kalau tak silap. Beli Kopi Saigon.

Terjebak lagi. Ish.. ish.. ish.. ish.

Abadikan kenangan di sini.

Suasana di dalamnya. Kedai yang luas tapi sunyi sepi.

Inilah kopinya. Lebih banyak 'batu' dari airnya. Pendapat aku. 'Bolehlah'.

Seterusnya meneruskan perjalanan 'healing' dari BAHAU KE BANDAR SERI JEMPOL sehinggalah melalui SUNGAI LUI.

Pernah dengar lagu Sungai Lui dari Aizad Amdan?

Akhirnya sampai juga ke Sungai Lui.

Sungainya yang sudah cetek dan 'sepi'.

Ayuh! menuju ke destinasi seterusnya. Sampai ke Kemayan di Negeri Pahang sempadan dengan Negeri Sembilan di Daerah Bera.

Jom kita makan cendol durian.

Suasana kedai makannya. Ada jual goreng - gorengan juga.

Harga cendolnya. Ada juga cendol durian.

Suasana tempat makan tersebut.

Alhamdulillah dapat menikmati cendol. Kali ini dengan 4 ketul durian.

Rezeki hari ini. Aku bukanlah pengemar durian atau 'Hantu Durian'. Ada - ada, tak ada tak apa.

Nasi ayam berempah. Boleh lah..

Dah sampai balik kat BAHAU dalam 1.30 petang.Belum masanya untuk check in.

Ada kedai bundle kat pekan Bahau.

Inilah kedainya Pusat Pakaian Big E. Banyak pilihan saiz untuk yang bersaiz besar. Adalah beli sehelai seluar kerja sehelai.

Nak cari tempat untuk dinner.Ni depan Hotel.Tapi seakan was - was sebab pekerjanya meragukan. Jadi cari tempat lain kat Medan Selera seberang jalan sana.

Makan nasi goreng kampung + telur mata dan Sunquick ais. Alhamdulillah sedap. Yang plastik kuning hasil sambaran kat Kedai Bundle tadi.

Kat Bahau ada tasik u all. Tempat orang beriadah.

Suasananya.

Nota Kaki : Esoknya sebelum tengahari dah nak balik. Jadi kita berehatlah dengan sebaiknya.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !