737 - Tersesat di Cyberjaya (Jalan - Jalan Cari Makan) @ Kopi Raso

shaizhar
0

 

Macam mana Kopi Raso ni? Mana peminat BDG mesti tahu. Apa itu BDG, scroll entry ini sampai ke penghujungnya.

Semestinya pertama kali di sini dengan banduan Waze. Nampaknya macam 'di hujung dunia'. Melalui kawasan - kawasan perumahan mewah. Basikal siapa kah itu?

Pintu masuknya.

Ruangan kaunter dan jualannya.

Lagi suasana di dalamnya. Kat kanan tu ada penunggal basikal tadi tu tengah duduk menikmati makanan dan minuman. Dan ada juga sekumpulan ibu2 bersama anak2 berkumpul sembang2. Ni mesti kes gantung kuali di hari ahad.

Antara yang di order. Melayang RM 18.50. Boleh je kalau nak dapatkan diskaun. Tapi kita berkongsi rezekilah sesama islam. 5% je pun.

Minuman 'kayangan' hari ini RM 14.00 kau!! Nasi lemak cyberjaya berharga RM 4.50. Tak apalah sesakali kan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Siapa tahu!

Rupa paras nasinya. Sesedap rasa. Ada telur dan dan sambalnya pun just nice. Nasi warna hijau ada bau pandannya tapi tak kuat. Air pun sesedap rasa sahaja. Cream Hazelnut katanya.

Selfie kat cermin di sinki. Suka tandasnya kemas dan bersih tak ada berhiasa bagai dan yang penting tidak kotor dan berbau.

Mug kayangan u allz. Inilah BDG 'Borak Dalam Galley'. Post cast aviation kendalian bekas paramugara MAS yakni penyanyi dan pelakon Zarul Husin a.k.a Zarul Umbrella a.k.a Abang Janji Abang Payung.





Address

Masreca, No. 16-G, Jalan Masreca 19/1, 19, Persiaran Rimba Permai, 63000 Cyberjaya, Selangor

Phone

+60 19-499 8834


Nota Kaki : Sebagai seorang bekas Pembantu Khidmat Pelanggan atau dalam Englishnya Customer Service Assistant (CSA). Kami ibarat Duta kepada tetamu atau pelancong yang melawat ke Menara Kuala Lumpur. Kami memakai pakaian rasmi atau Uniform yang bercirikan Malaysia. Juga melayan serta membantu sama sahaja macam mereka yang bekerja di 'Udara'. Kami CSA juga kena juga mahir bebahasa English dan kelebihan bertutur dan memahami bahasa lain adalah satu Bonus. Ada ke kekawan aku masa kerja kat Menara KL boleh cakap dan faham bahasa Jepun, Mandarin, Tamil etc.

Kami juga belajar basic bahasa asing sebab pelancong yang datang adalah dari berbagai negara.
Best bila dengar pengalaman - pengalaman bekas Paramugara/Paramugari ini. Untung dia orang boleh terbang ke luar negara dan merasai berbagai pengalaman.

Kami CSA juga belajar membuat pengumuman, belajar CPR, belajar cara melayan pelanggan, kena pergi kelas itu dan ini untuk meningkatkan kemahiran termasuk kelas english, kelas protokal, kelas customer servuce dll.

Kami juga ada roll-call atau breafing session sebelum masuk berkerja. Kami juga berkerja dalam kumpulan dan mempunyai penyelia. Bila masa 3 grop ini bekerja serentak akan ada giliran untuk outhing. Waktu yang paling ditunggu - tunggu. Kami akan membuat perancangan untuk melawat temnpat - tempat menarik sekitar KL/Selangor dan sejauh Genting Higlands untuk ambil tahu berkaitan tempat tersebut. Merasai pengalaman berada di situ. Selain itu kami juga ke tempat - tempat seperti Muzium, Galeri, Shopping Mall dan kawasan tumpuan pelancong di sekitarnya termasuk Hotel.

Kalau nak senaraikan memang panjang. Selalunya aku yang akan uruskan bahagian ini. Antara hotel yang kami lawati masa zaman aku kerja CSA dulu ialah di Place of Golden Horses Hotel, Mines Hotel.

Shopping mall, KLCC, Sungai Wang, Lot 10 dan banyak lagilah.

Pernah juga melawat ke Penjara Pudu.

Berbalik kepada Youtube BDG ini dan ramai juga artis dan selebriti dah muncul dalam episod di BDG tu seperti Datuk Ziana Zain, Maria Tunku Sabri, Amy Mastura, Farouk Hussin, Sherry Ibrahim dll.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !