736 - 2 Hari 1 Malam @ Kajang, Selangor (Jalan - Jalan Cari Makan - Sarapan Pagi - Roti Canai & Kopi Muar 434 + Madani Mart)

shaizhar
1

 

Misi mencari sarapan pagi pun bermula. Main ikut gerak hati sahaja. Menuju ke kawasan pasar malam semalam yakni Taman Delima.Kat kawasan situ ada banyak orang menjual. Akhirnya tersesat di sini.

Antara menu yang ada. Tekak memang nak makan roti canai je.

Dua keping roti canai kosong banjir. Dah bagi tahu minta kuah kari.Yang ambil order ni memang tak tulis apa yang kita minta.Rasa macam nak bangun je minta tukar. Erk! minta kuah kari.

Suasana sekitarnya pagi itu. Jangkaan waktu sekitar 7.30am lebih/kurang. Ramai jemaah surau/masjid memenuhi kawasan. Kat sepanjang kawasan tersebut ada je orang jual nasi lemak, nasi berlauk. Ada satu warung yang menarik perhatianku iaitu Nasi Lemak Hijau.Tapi tak singgahlah sebab lepas ini ada tempat tujuan utamanya. Makan roti canai ini kira buat rasa - rasa sahaja. Kuah dia macam tak cukup rasa. Sepertinya kurang garam. Erk! ke aku kuat masin. Rotinya pun biasa - biasa sahaja. Ke aku cerewet orangnya. Alhamdulillah untuk pembuka selera pagi hari Ahad bersamaan 13 September 2026.

Misi seterusnya pusing - pusing kat Bandar yakni 'pekan/town' Kajang.

Lukisan dinding yang menarik. Tapi kenapa nampak garang berbonar 3 wanit itu.

Ada medan sate. Mungkinkah kena datang lagi ke Kajang ini?

Plaza Metro Kajang. 

Tersesat ke sini. Dah lama tak pergi Pasar. Masuk kat kawasan depan je. Ada nampak orang jualan kuih dan muih beraneka macam. Beli karipap buat bekalan.

Misi utamanya. Masa google2 nampak ada Kopi Muar 434 kat Kajang. Jadi kita kasi cari tahu kat mana lokasinya.

Bangunannya yang kuning. Di buka pada jam 8.00am.

Kedai tepi sekali. Ada yang pernah datang?

Aku bukan peminat kopi tapi ada jualan makan/minum juga kat sini.

Jom kita masuk. Intai2 tengok dah ada lagi awal dari aku.

Antara produk yang dijual. Coconut cookies. Produk baru?

Beraneka macam dan jenis kopi - kopian Yang atas tu 100 bungkus harga RM 30++

Ada lagi yang di jual.

Kaunternya dan pekerja - pekerjanya yang begitu bersemangat di pepagi hari.

Apa kaitan Kopi Muar 434 dengan gajah?

Macam biasa zaman sekarang nak order semua guna QR Code. Aku memilih duduk di kerusi/meja no 16. Ruang kat sini memang luas dan banyak meja dan kerusi.

Kopi Muar menjadi pilihan. Pekat dan likat. Pencinta kopi sila hadir. Kat dalam bekas putih itu adalah gula perang.

Nasi lemak menjadi pilihan. Secukup rasa. Sambal dia pun just nice kata orang putih.

Ambil juga roti bakar.

Nota Kaki : Ada juga beli kopi 434 yang paket kecik je dan coconut cookies (Tak ambil gambar). Jumlah hangus kat sini dekat RM 40.00+

Kopi muar katanya. Dengan 2 biskut kecil.

Selesai.

hasil belian di Kopi Muar.

Malas nak pusingkan gambar. Itulah rupa paras biskut kelapa dan percuma 4 paket kopi.

Pulang ke penginapan dan berehat sebentar kemudian 11.30am baru check out.

Lalu lalang kat FB. Ada Madani Mart di buka di Kajang. Jom kasi terjah. Lokasi dekat Taman Sutera.

Tak ingat dulu masa Kedai Rakyat 1Malaysia aku ada pernah masuk dan beli tak.

Biasalah bila masa pembukaan macam - macam yang free give dan promo itu dan ini.

Kedainya besar dan ruangannya nampak berjarak dengan besar. Sebenarnya masih banyak produk boleh di bawa masuk biar nampak penuh dan meriah.

Deretan minuman.

Kawasan buah - buahan.

Ada juga makanan segar katanya.

Lagi gambar suasananya. Nampak luaskan tapi barangnya tak padat. Sebagai seorang bekas pekerja dan penyelia pasar mini adalah sikit - sikit pengalaman.

Nota Kaki : Mampukah Madani Mart ini bertahan lama atau akan berkubur sedikit masalah lagi? Tunggu & lihat.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kopi 434 tu ada cawangan di Kajang rupanya. Yg kita tahu dekat Muo sana je.
    Tak nampak lagi kedai madani dekat area Sri Gombak ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !