739 - Ukur Sunway Pyramid (Tastefully Food Expo 2026, Beryl's Cafe & Secret Resepi)

shaizhar
2

 


Kisah pada 18 September 2026 selepas habis waktu bekerja di hari Jumaat. Ayuh! kita ke sini

Iklan expo ni bersepah kat area Bandar Sunway, jadi ayuhlah kita ke Sunway Pyramid itu melihat apakah ia,

Tastefully Food Expo. Aku dah agak dari awal mesti banyak produk 'Cina". Jomlah kita melangkah ke lokasinya.

Rasanya pertama kali di sini.

Kena daftar dulu nanti dapatlah goodies beg.

Pergi yang dekat kawasan luar. Sah2 banyak jualan produk non halal (ready to eat) aku tak ambil gambar pun. Lalu tengok - tengok je.

Dah masuk dalam aku pergi bahagian kanan dulu.

Ada jualan ini. Kira ada jugalah kaitan dengan makanan kan?

Ada jualan produk 'Cina' Herba2 dan ginseng2 kot.

Lagi antara gerai jualan dan pameran.

Apakah?


Ada Tea Garden Food.

Ada jual gula - gula apa ntah.

Ada pentas dan tempat duduk - duduk juga.

Bestari. Ini memang kita biasa makan jadi tak ragu2 nak rasa samplenya.

Ada pizza juga. Tak pernah dengar namanya. Mungkin locak pizza.

Lagu suasana di sini. Ada juga Lotus's dia suruh download apps dia nanti akan dapat free gift beg dan kupon dalam apps tu. Ntahlah dah berkurun lama tak masuk Lotus's. Sejak dua menjak dapur tak berasap memang mood memasak dah keluat. Kali terakhir pun masak mee segera sahaja.

Ada juga Cowan di sini.

Nyum! Nyum! kalau mengenangkan poket dah menipis jadi tahan je diri dari membeli.

Kesimpulannya. Aku pun tak pasti matlamat expo ini. Sebab aku nampak macam - macam jenis pempamer yang terlibat.Ada banyak lagi tak semua pun aku snap gambar.

Kemudiannya misi mengukur jalan di Sunway Pyramid yang dah lama tak pergi walaupun boleh dikatakan setiap hari lalu di sini.

Ternampak ini. Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan. Niat telah dimakbulkan.

Dari bahagian hadapan. Level berapa tak ingat tapi depannya ialah TCRS & Mr D.I.Y

Antara yang dijual.

Nyum!! Nyum! Nyum!!

Ynag mana satu idaman kalbu?

Akhirnya buat keputusan pilih yang in sahajalah.

Antara pilihan yang ada.

Beli yang ini pada harga RM 7.20

Alhamdulillah.Dapat juga rasa Ice Cream Velvet Almond Crunch. Manis yang tidak terlalu manis dan secukup rasa. Nikmat apa yang kau dustakan.

Menuruskan misi mencari makan malam. Nak makan apa ye? Kat Sunway Pyramid ini macam - macam ada. Siapkan duit je.

Akhirnya memilih makan di sini. Secret Resepi atau ringkasnya SR. Dapat free keropok. Dulu - dulu tak ada kan pembuka selera ini. Rasa macam nak je minta sos cili. 

Terpengaruh dengan rakan blogger. Katanya Mee goreng mamak yang paling sedap ada di sini,
Memang meriah dengan hidupan laut ada 3 ekor udang yang sudah arwah serta sotong - sotongan. Secukup rasa mee goreng mamak ini.Memang sedap bagi tekak aku mungkinkah sebab harganya lebih RM20 menyebabkan aku akan menikmati setiap helian meenya dengan penuh nikmat.

Nota Kaki : Blog ini adalah auto update. Menghitung detik demi detik untuk pergi 'healing' lagi.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dah 2 orang blogger kata Mee goreng mamak SR ni sedap, kena try jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jangan tak try. Cuba sendiri dan bagi tahu pendapat PH pulak macam mana.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !