664 - Buffet Breakfast @ Kelab Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam Selangor

shaizhar
12

 

Pertama kali di sini. Lokasi di Seksyen 13 Shah Alam.

Jalan - jalan sekitarnya dulu. 

Nama tempat ini Dataran Selangor.

Inilah dia bangunan Kelab Shah Alam itu.

kasi selfie satu kali.

Demam 'bola' mnsa ini.

Ada tingkat atas juga. Tangga yang sesuai untuk bergambar.

Suasana sekitarnya.

Tempat makan/minum atau Cafe buffet breakfast.

Jom kita masuk. Macam biasa kena bayar dulu.

Dah bayar terus cari tempat duduk untuk makan/minum. Pilih kat meja no 7. Sebelum aku ada sepasang suami isteri dah sampai dulu. Waktu ini sekitar jam 7.20am lebih kurang.`

Tempat buffet kat tengah - tengah. Dekorasi memang menarik.

Minuman panas. Aku pilih teh macam biasa. #tealover.

Deretan hidnagan berat.

Antara tempat yang boleh di pilih untuk duduk ikut jumlah kehadiran.

Ada laksam.

Ada soto ayam.

Ada nasi kuning.

Gulai ikan tongkol. Citrasa Pantai timur.

Ada behoon goreng. Wah! biasanya orang tulis bihun.

Ada sosej juga.

Harga buffet RM 18.80 Dewasa dan RM 10.00 Kanak - Kanak.

Round 1. Nasi kuning dengan gulai ikan tongkol yang sangat sedap. Betul-betul citarasa pantai timur.

Round 2 ambil bihun goreng, sosej dan kentang.

Round 3, ambil roti cani dengan kuah kari + dhal. Ada roti telur dan ketang serta 'bean'.

Round 4, ambil sedikit bubur nasi,

Round 5, ambil sedikit laksam tak letak kacang panjang sebab tak berapa nak suka. Kuah dia sedap tapi laksam dia tu macam keras mungkin sebab simpan dalam peti sejuk.

Round 6, soto ayam. Nasi impit tak memenuhi anak tekak. Sebagai seorang yang tak gemar makanan bersup aku rasa tahap dia 2/5 sahaja. Nasib ambil sikit sahaja.

Harga T20 sesuai dengan yang datang 'lepak' kat sini. Kalau kita baik beli je tepi jalan baru berapa ringgit kan.

Penutupnya. Tak bestnya tak ada cili sos.

Jom masuk bilik air T20. Pilihan warna yang sangat mewah.

Dan ini juga.

Nota Kaki : Berbaloi ke? bagi T20 mungkin berbaloi tapi bagi aku macam tak berapa banyak pilihan. Buah - buahan pun tak ada. Salad2 pun tak ada. Air sejuk oren tu manis nak mampus. (Tak ambil gambar). Yang sedap tu nasi kuning dan gulai ikan tongkol. Last - last baru dia keluar acar. Aduh!! tak akan aku nak ulang makan nasi lagi kan. Perut dah penuh masa tu. Kesimpulannya, mungkin ini pertama dan terakhir. Kita cuba pergi tempat lain pulak lah ye.

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau uncle belasah laksam dah cukup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugilah bayar mahal2 makan laksam je. ha ha ha

      Delete
  2. tak tahu pula kewujudan kelab shah alam ni. nampak macam menarik makanan dia rupanya biashe je eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas bukit. Ni kelab 'kayangan' kat tangga tu selalu kerabat diraja foto2 bergambar.

      Delete
  3. banyak juga pilihannya tapi fail pulak ye bila takda pencuci mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah pasal, kuih muih pun tak ada, sayur2 salad pun x ada. Kurang pilihan lah. Itu2 je.

      Delete
  4. ok dh tu variety nya cuma ada yg tak sedap lah yer tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak variety pun. Ada pergi tempat lain lebih 'meriah' dari sini.

      Delete
  5. Tempatnya tapi baguuuus bang 👍. Kliatan estetik juga. Harga kalau menurut saya masih oke, tp kalau tak banyak pilihan buffet, dan tak semua sedap, itu yg masalah 🤭

    Dj sana banyak juga tempat buffet makanan lokal yaa. Dj sini susah cari yg seperti ini, kecuali di hotel lah.

    Kebanyakan makanan AYCE (All You Can Eat) disini , itu macam daging grill atau seafood. Baru banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat hotel memang banyak buffet breakfast tapi harga 'mahal'. mana mampu selalu ke sana. Biasanya try buffet breakfast bawah RM 20 shj.

      Delete
  6. kalau saya, rugi kot pergi buffet. Sebab memang akan makan bubur nasi je banyak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi lah kalau macam tu. Tapi kalau sesekali tak pe!!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !