Nota Kaki ; Pekerjaan pertama ku di Menara Kuala Lumpur. Di situ aku habiskan 12 tahun 6 bulan untuk menimba ilmu, pengetahuan. Dapat kawan baru. Menerokai banyak tempat baru. Berjalan hampir ke seluruh negeri di Malaysia.
Terlalu banyak kenangan. Begitu padat dengan suka dan duka. Riang dan kecewa. Macam - macam asam garam kehidupan yang aku lalui di sana. Yang manis, yang pahit yang tawar dan yang kelat.
Semuanya begitu indah. Di situlah aku bermula mengenal erti sebenar sebuah kehidupan. Daripada anak desa/kampung aku berkelana mencari rezeki di Kotaraya Kuala Lumpur.
Bermacam orang yang aku temui. Berjenis kawan yang aku kenali. Ada yang boleh di buat kawan dan ada yang sebaliknya. Alhamdulillah ramai sahaja yang baik. Ada je yang sudi menolong dan mengajar terutama pada awal - awal aku bekerja. Masa tu umur aku baru 17 tahun 3 bulan. Sebabkan aku lahir pada November jadi umur genap ke 18 ialah pada 11.11 1998.
Aku mula menjadi pekerja sejak 17.02.1998 sehinggalah ke hari ini. Kalau nak cerita pasal KL Tower ini banyak sangat. Tak tahu nak mula dari mana. Apa yang aku tulis semuanya adalah dari lubuk hati yang paling dalam.
Semasa bekerja di sinilah aku kehilangan orang tersayang. Arwah Tok/Nenak pada tahun 1998 (Time Sukan Komenwel) dan Arwah mak pada 2007 ketika aku berusia 27 tahun.
Terima kasih untuk semua yang telah bersama sepanjang perjalanan hidup aku mencapai Puncak Impian. Ingatlah !! jika kita berada di atas jangan lupa menunduk melihat ke bawah. Hidup ibarat roda yang sentiasa berputur. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.
Langgit tak selalunya cerah. Kehidupan ini pastinya akan sering di uji dengan berbagai dugaan dan cabaran. Semoga kita tabah menghadapinya dan redha dengan ketentuan Illahi.



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.