Tempat biasa sebelah depan tutup pulak. Kena lunch kat sini. Ni Medan Selera Lama. Hari ini tak ada 'mood' nak pergi Medan Selera baru yang lebih dekat dengan ofisku.
Bagi yang 'cerewet" dan memilih, tempat ini tak sesuai untuk anda. Tahap kebersihan mungkin level C kot ke D. ha ha ha. Tak pe janji banyak pilihan makanan, aku okay je.
Antara menu pilihan. Lebih suka makan kat kedai yang biasa.
Lagi pilihan lauk pauk. Tak berapa nak panas sangat. Jadi tak berapa nak enjoy bila makan. Tapi okaylah daripada tak ada.
Yang ini aku ambil kuah - kuah sahaja dan satu lauk. Tak tahu nak makan apa.
Ada juga pilihan sambal belacan dan sambal yang sewaktu dengannya. Hari ini anak tekak tak terasa nak makan ikan.
Sayur hijaunya macam tak menarik jadi ambil taugeh, ikan masin dan paru. Air suam dan teh o suam. Harga boleh tahan RM 9. Mungkin sebab ambil nasi banyak. Konon dinner nanti tak nak makan nasi. Nak makan apa ye? Hari Rabu ada pasar malam kat Bandar Sunway sini.
Suasana kat sini. Memang sunyi dan sepi. Kat tingkat atas tak tahulah ada lagi ke penyewa. Aku tak pernah naik atas.
OCR. Itu bangunan tempat aku kerja. Nun nampak dari kejauhan kan.
Nota Kaki : Tak sabar nak tunggu hari Ahad nak pergi healing. Eh! sabtu petang lepas kerja nak gi mana ye. Aduh!! harap tak hujan lah.Sekarang cuaca tak menentu. Risau pulak hujan kan.

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.