661 - Jom Makan Food Fest @ Masjid Al - Islamiah Kampung Lindungan, Petaling Jaya

shaizhar
0

 

Tetiba lalu di muka buku. Jadi sebabkan kita masih 'kaya raya' baru lepas gajian jadi singgah sini untuk ukur jalan dan tengok apa yang ada,

Lokasi dekat perkarangan Masjid di Kampung Lindungan anggaran dalam 1.5KM dari pejabat tempat kerjaku.

Ada khemah besar di pasang. Kira aman dari hujan dan ribun taufan.

Inilah masjidnya. Bagus AJK masih buat program macam ini untuk mengimarahkan masjid. Banyak program juga yang diadakan selain jualan.

Ada sewaan untuk mainan kanak - kanak.

Gerai jualan kiri dan kanan. Ada meja dan kerusi untuk duduk makan & minum.

Ada port OOTD juga.

Harap maaf kualiti gambar agak kelabu asap.

Macam - macam ada. Jadi pilih je nak makan/minum apa. Siap duit je kata orang.

Nasi lemak ijo ni menarik bagi anak tekak ini. Beli nasi lemak dengan telur mata pada harga RM 5.50 (Tak ambil gambar) peniaga ni datang dari Klang. 

Apa yang cheese- cheese ini ye?

Ada jual ini juga. Kemungkinan ada dekat 50 gerai atau lebih yang menjual.

Rambang mata dah. Nasib 1st round. cuci - cuci mata dulu.

Ada kebab. Lama tak makan.

Ada juga jualan minuman. Tapi macam biasa harga kat Food Fest jangan mimpi nak murah. Ini pun kira berpatutanlah kan. Tak tahulah berapa sewanya dan dari mana perniaga ni datang kan.

Ada jualan jualan madu - maduan.

Kat hujung ini ada jualan dari Alif Shukri 'Terlajaaaaaaaaak Laris'.

Mari kita pusing. Yang ini kira belah kanan dari bahagian masuk tadi. Meriahnya air dengan berbagai warna.

Ada jual keropok gemok ini. Makan panas - panas baru sedap. 7 Ketul RM 10.00 murah ke?

Lagi jualan yang ada. Time ini sekitar 5.40pm

Macam - macam ada. Dah rambang mata ni.

Tauhu cripsy pun ada.

Apakah ini? Sejak tak pakai spek. Memang rabun tak berapa nak nampak sangat gambar apa dia.

Yahoo!! roti kegemaranku. Ambil yang daging dan manis. Harga RM 13.

Ayam gunting dan takoyaki pun ada. Yang ini mesti budak - budak suka.

Eh! eh! perli ke apa ni? Amboii.. ubat kurus katanya. Ini potong kaki dek! kalau makan banyak dan berhari - hari. Nama yang sangat 'rare'.

Dah nak sampai kat depan dah. Jom kita pusing sekitarnya lagi.

Ada khemah jual macam - macam buah dan jeruk. Memang tak berapa gemar atau suka beli yang macam ini.

Ada juga khemah pemeriksaan mata. Periksa percuma tapi harga rawatan boleh tahan juga ye.

Kat hujung tu ada lagi jualan. Tak pergi pun.

Ada ini pun juga. Tapi orang yang jaganya tak ada.

Akhir sekali khemah untuk pentasnya.

Nota Kaki : Berlangsung dari 1-5 Julai 2026. Pagi sampai ke malam. Nampaknya lepas ini boleh datang makan pulak kat sini. Tak perasaan ada tak jual laksa atau bihun sup utara?

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !