Hari kejadian adalah pada 4 Julai 2026. Lepas kelas di Masjid Kg Tunku bawa dia ke ke Jom Makan Food Festival kat Masjid Kg Lindungan. Sampai sini dalam 11.15am lebih kurang. Baru nak buka. Tak siap masak apa lagi.
Ern,. kata acara dari 11am hingga 11pm tak kan tak reti nak datang awal. Ni pukul 11am baru nak buka gerai, nak angkat itu dan baru mula masak. #hampeh.
Jadinya bawalah dia pergi kedai saka RM2.60 yang terletak berhampiran kawasan ini. Suruh lah dia beli 3 barang. Tapi baik budaknya, beli 2 je. #selamat.
Datang semula dalam 11.45am lebih kurang. Masih tak siap lagi gerai makanan dan minuman tu.
Saya bukan pemilik jenama Yaya. Ha ha ha. Nama nick name dia adalah Yaya. Melakat sampai sekarang. Kalau marah je aku akan panggil nama penuh dia.
Inilah produk Yaya. Setelah hampa dan kecewa. Tanya dia nak makan apa? Jawapannya 'Tak tahu'. Erm.. ajak pergi 3 Budak Gemok. Dia tak mahu sebab katanya hari - hari dah makan ayam masak kicap.
Jadi ajak pergi KUEH restoren laki Erra Fazira. Laju kau !! Ok.. ok kata dia.
Dari Petaling Jaya kami menuju ke Subang Jaya. Kat SS 18 rupanya. Aku ingat sini SS 15.
Jom lah kita masuk. Kali ke 2 disini.
Di sebelah kiri adalah jualan kuih dan muih beraneka macam. Harga satu RM 3.30 kalau tak silap.
Menu hari ini. Siap ambil bubur pulut hitam lagi.
Total hari ini. RM 38++
Daddy makan laksa. Anak tekak nak makan yang masam - masam pulak hari ini.
Najla pilih Nasi Tomato ayam masak merah. Habis tau dia makan. Papadom, kuah kari dan jelatah dia tak makan. Ayam tue sejuk gedi. Kalau panas atau suam - suam kuku. mesti lagi sedap.
Masa untuk makan. Kuah kari tue akhirnya aku tuang dalam laksa jadilah laksa kari. ha ha ha. Air pilihan teh o ais (tak kelihatan pulak). Serta bawa masuk seludup air mineral.
Suasana di tenghari tersebut. Kami je yang sedang menikmati makan. Ada yang masuk beli dan tapau sahaja.
Berakhir sudah episod 2 beranak jalan - jalan cari makan.
Nota Kaki : Hujung minggu berikutnya dah janji nak bawa pergi kat satu tempat. Ke manakah?


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Hari-hari makan masak kicap di mana? Di sekolah ke?
ReplyDeleteNampak sedap Laksa itu.. Sis pun pakai perfume Yaya tu.. bau Flora
Boleh dikatakan hari2 la. Beli kat kedai. Balik sekolah mak dia bawa dia gi mamak. sesekali mak dia masak.
Delete