656 - Jalan Jalan Kuala Lumpur Episod 3 @ Pasar Malam Jalan TAR

shaizhar
1

 

Dah lama tak naik LRT ini. Dulu nama dia STAR LRT laluan Ampang dan Sentul Timur memang tahun 1997-1999 memang laluan aku lah pergi balik kerja dari Pandan Indah ke KL. Biasanya turun dekat Pudu. Naik bas ke turun depan AM Bank kemudian mendaki KL Tower.

Muka kepenatan berjalan lebih berbelas ribu langkah hari ini. Kata episod jalan - jalan KL.

Menanti LRT tiba. Sebenarnya aku turun kat MRT Merdeka 118 dan berjalan ke LRT Plaza Rakyat.

Akhirnya sampai ke destinasi selanjutnya iaitu Pasar Malam Jalan TAR.

Dah lama tak datang. Sebab dah kenyang makan di IKEA dan kembung perut minum air free kat sana. Jadi episod ini hanyalah jalan - jalan sahaja.

Macam - macam yang dijual.Rambang mata juga. Nasib dah kenyang.

Kalau ke Jalan TAR ni wajib bawa duit banyak - banyak. Biasalah orang luar KL yang datang sini. 

Yang bukan makan atau minuman pun ada juga di jual.

Yang manis - manis pun ada ini.

Kiri dan kanan ornag berjualan. Masa ini awal lagi. Dalam pukul 4 petang kot. Jadi belum sesak dengan manusia.

Kat area sini dah sesat. Ni dekat area Semua House.

Ada juga jualan keropok

Karipap pusing pun ada. Nampak harganya macal 'kayangan' kalau tak silap RM 2.50

Viral katanya.

Jagung pun ada.

Jus - jus pun ada. Nikmat apa yang kau dustakan. Siap duit je.

Nota Kaki : Sepatutnya destinasi berikutnya ialah Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan menyaksikan Konsert dekat Pasar Seni. Tapi.... berlaku tragedi, disebabkan berbelas ribu langkah kaki kiriku kekejangan. Kream kata orang. Lama juga lah lebih 5 minit, Nasib masa tu dah dekat nak sampai LRT Masjid Jamek. Duduklah rest sekejap. Dah lama tak kenakan. Sakit yang teramat. Kat sekeliling tu tak ada pulak yang jual minyak panas ke. Jadi bertabahlah sehingga membaik sikit. Dekat 2 ke 3 hari baru pulih seperti sedia kala. Lepas ini dah tukar konsep dari berjalan kita bermotor - motoran rempit dengan My SYV.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kena banyakkan lagi berjalan ni Shai. Baru la tak cramp hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !