Akhirnya sebagai live host di Tik Tok yang buat affiliate sejak 9 Nov 2025, di pertemukan dengan produk yang paling serasi dengan jiwa dan raga, Alhamdulillah mudah di jual tapi sayang.. selalu sold out. Ada pernah satu minggu tu tinggal satu haruman sahaja. Erm....
Haruman ini adalah jenis pewangi yang bertali dan boleh digantung. Ini antara ruang yang disyorkan.
Ini rekod jualan pada bulan Jun'26. Memang sejak Jun'26 setiap hari jual produk pewangi ini sahaja.
Dah masuk ke 9 buat affilate dekat tik tok masih kat level 2. Susah nak capai target jualan RM 3000 per/month. Harap bulan ini akan tercapai lah.
Ini rekod jualan dari 1 Julai - 7 Julai. Alhamdulillah dah capai RM 1000 jualan. Produk terjual dekat 226. Lebih baik daripada bulan lepas kan.
Tengok 205 adalah jumlah jualan haruman ini untuk tempoh seminggu. Kalau beterusan Insya-Allah booleh capai RM 3000 jualan bulan ini dan naik level 3.
Produk di tangga ke 2 adalah produk back up kalau pewangan Scent Pur tu sold old. Yang ke dua tu seller lain. Alhamdulillah tu dapat free sample.
Tahniah pada yang berjaya dapat rezeki blog ini.
Tag line kita 'Teruslah Mewangi' nanti nak kena buat lagu kat SUNO. Baru gempaq.
Nota Kaki : Buat masa sekarang aku bersiaran biasanya antara pukul 8am - 9am, petang lepas balik kerja 6pm-7pm dan malam selepas Isyak dalam 9pm - 10pm.
Kena ada target. Setiap kali LIVE kena jual sekurangnya 20. Kalau tak capai kena gigih lagi untuk slot petang dan malam.
Doakan semoga aku berjaya naik level 3 dan terus dapat lebih banyak komisen lagi. Dapatlah bawa anakku pergi libur. Tanya dia nak pergi tepi pantai tak? Diam je. Anak bertuah ni lebih suka mandi kolam. Bulan ini dah berapa kali mak sedara dia (adik mummy dia) Yang di panggil Mak Ngah/Pak Ngah bawa duduk homestay mandi kolam sebab mereka ada anak Autisem yang suka mandi kolam juga. Akhir sekali terima kasih rakan blogger yang dah sudi membeli produk ini iaiatu SIS LIN







Weyy serius arr memang wangi betul.. letak dalam lemari dan tandas, kekal wangi baunya.. nanti live aku beli lagi okayyyy.. ko letaklah link bag kuning ko, nanti senang orang klik beli terus direct ke showcase ko
ReplyDelete