658 - Buffet Breakfast (Weekend) di Lake House Bangi

shaizhar
1



Di sebabkan live dia selalu dekat FYP Tik Tok, jomlah kita terjah Bangi pada hari Ahad 28 Jun 2026.

Gerak dari Bandar Sunway dalam 7.00am dan sampai sekitar 7.30am dengan rempitan yang slow motion. Sempat juga Live dan briskwalk kat tasik tu secara perlahan - lahan.

Beberapa minit sebelum 8.00am dah terpacak macam tugu negara kat sini.

Waktu buffet breakfast dari 8am - 11 am.

Hari biasa harganya RM 19.90. Antara Buffet Breakfast yang TERMAHAL aku pergi. Berbaloi tak? Jom tengok.

Antara menu dan hidangan yang ada.

Tempat untuk makan. Memandangkan tak ada kerusi yang berdua. Aku belasah sahajalah duduk kat meja yang berkerusi 4.

Tempat hidangan makanan.

Antara menu sarapan goreng - goreng.

Dari tepi pulak. Ada ayam goreng, yang tengah tu nasi goreng serta kuehteow goreng dan mee goreng.

Ada buah - buahan dan juga salad.

Ada kuih muih, mushroom sup dan roti - rotian.

Sebelum makan bayar dulu. Ambil starter iaitu Tembikai.

Ada air sejuk, teh o yang sedap sebab tak manis serta yang sebelah kanan itu air suam.

Hidangan sup. Aku selalunya tak berapa nak gemar yang berkuah - kuah dan bersup ini. Kalau ada nlaksa kemungkinan aku akan ambil. Ada ke menu laksa pepagi hari untuk buffet breakfast?

Menu utama yang selalu di cari iaitu nasi lemak.

Nasi lemak hijau yakni nasi lemak pandan. Sedikit lembik.

Round 1. Nasi lemak yang sedap tapi sayang.... sambal dia tak memenuhi anak tekak. Yang penting teh o dia sedap. Tak manis, tak pahit. Suam - suam panas dia just nice.

Round 2. Mee goreng dan kuehteow goreng yang hambar. Tak cukup rasa dan bahan. Nasi goreng dia walaupun simple tapi ada rasa ditambah dengan kicap cili memang kombinasi yang terbaik.

Round 3. Roti canai kosong dan roti telur. Kuah kari dia tak berapa sangat. Tapi okay la.

Round 4. Lontong. Kuah dia sedap tapi nasi impit dia macam tak boleh diterima dek anak tekak aku. Tak tahu jenama apa dia pakai.

Seterusnya round 5. Muhsroom yang cair tak seperti yang kat IKEA. Ambil salad dan rakan - rakannya.

Round 6. Cereal dan kembali menjadi kanak - kanak ria. Ada juga ubi. Tak nampak pulak pulut atau kelapa parut. Dia letak kat situ sirap madu

Round 7 dan yang terakhir ialah cucur - cucur dan hidangan penut. Ada keledek goreng dan jemput serta puding kot yang dalam gelas kecik tu.

Alhamdulillah selesai makan dalam masa 1 jam.Berbaloi ke? Erm.. rasanya macam tak berbaloi je dengan harganya. Mungkin pertama dan terakhir.

Nota Kaki : Ada lagi ke destinasi Buffet Breakfast yang akan aku terjah. Agak - agak kat mana pulak lepas ini

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Murah betul buffet breakfast kat sini..boleh la cuba nanti bila-bila

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !