Pertama kali check in hotel di Ipoh. Pernah dulu check in di Lost of Tambun.
Check in berjalan lancar. Boleh check in awal. Sampai sini dalam 2.15 petang. Dapat bilik tingkat 2 no 224.
Akhirnya, dapat berendam biarpun bukan di kolam renang. Dapatlah jadi ikan sekejap dalam ni. Muat ok!
Keesokan harinya...
Sarapan termasuk dalam pakej bilik jadi harganya hampir RM 150.00.
Kawasan tempat makan. Jadi bila kau sorang, pilihlah meja dan kerusi yang sesuai untuk duduk makan serta minum.
Deretan makanan untuk di santap. Dah lama tak breakfast kat hotel. Kali terakhir kat JB masa kenduri kawin anak kawanku.
Di mulakan dengan buah tembikai, 2 jenis air dan nasi lemak serta popia. Sambal dia kurang sikit. Nasib ambil sikit je.
Round ke 2 ambil sedikit mee, sepotong roti canai yang sah2 Frozen punya di cicah kuah sardin serta pau kaya.
Ada juga mee sup dan bubur. Tak ambil pun sebab tak minat sangat.
Nota Kaki : Melangkah pergi meninggalkan Ipoh dengan harapan akan datang kembali. Banyak lagi tempat tak explore. Perjalanan pulang ambil masa hampir 3 jam berhenti - henti.Rasa macam dekat je Ipoh - Bandar Sunway.
amboii rasa dekat ye ipoh-sunway hahaha... semoga lepas ni byk lagi jelajah negeri lain plak
ReplyDeleteTunggu episod negeri seterusnya.
Deleteok jer rate tu, bilik nmpk ok dan ada bf lg tu
ReplyDeleteSarapan pagi yang biasa-biasa sahaja.
Deletesedapnye makanan2 yg terhidang..
ReplyDeleteAlhamdulillah dengan rezeki dari-Nya
DeleteMemang jelajah satu Semenanjung Malaysia ni 👍🏻
ReplyDeleteInsya Allah. Next episod ke Pantai Timur
Delete