Akhirnya, selepas keluar dari tol Lanchang dalam berbelas kilometer juga baru sampai tempat perjumpaan kami.
Kami berjanji untuk berjumpa kat sini. Tak boleh datang terlalu awal atau lewat petang sangat.
'Kawan' aku pesan kalau dah sampai sini kena ambil gambar ini sebagai bukti. Yang kanan tulah 'bayang-bayang' kawanku.
Ada tulis apa ntah. Aku malas nak baca. Aku tengok ada orang tulis - tulis. Macam isi borang je.
Aku main masuk ke. Tak ada kaunter tiket kan?
Akhirnya, impianku untuk jumpa 'kawan' kat sini tercapai.
Banyak sungguh pertunjuk arah. Tapi, 'kawan' aku pesan dia tunggu belah kiri.
Jadi apa yang ada belah kanan tu aku pun tak tahu dan pergi tengok pun.
Tandas yang 'comel'. Kalau ada Najla Nazihah ni mesti dia suka.
Oh!. Inilah pokok #arajohari. Ops!.
Ni pun cute. Jadi snap la, nanti nak tunjuk kat Najla.
Ada gerai jualan bawah khemah. Tengok - tengok je dan tak membeli pun.
'kawan' aku pesan, lalu ikut sini. Dia ada tunggu kat sana.
Kasi payung satu gambar. Semua pokok - pokok yang ada di sini di tandakan dengan namanya.
Yeee..dah hampir sampai tempat perjumpaan kami. Alhamdulillah.
Hi 'kawan' apa khabar? Lama tak jumpa. Teringat zaman remaja dulu, naik gajah pusing bawah KL Tower masa Tahun Melawat Pahang tak silap 1998 atau 1999.
Bergambar kenangan dengan 'kawan'.
Hi baby. Comelnya awak. Teringat anakku. Mesti best kalau dia datang sekali.
Bergambar kenangan pulak dengan anak 'kawanku'.
Ada kawasan untuk pertunjukkan. Kalau dapat bersama - lama kat sini mesti seronok.
Ini laluan ke pentas tersebut. Orang banyak tapi tak terlalu padat atau sesak. Berbilang bangsa dan agama.
Kasi up lagi gambar. Ini pokok 'doa' ye kawan- kawan. Sila Google.
Ada galeri yang menceritakan tentang kisah - kisah gajah dalam ini. Sekali jalan je dan tak ambil gambar pun kat dalam tu.
Ada cafe untuk malam dan minum juga. Tak singgah sini sebab dah ada plan nak lunch lepas ini.
Port OOTD pada sesiapa yang suka bergambar.
Kasi up selfie muka sendiri. Tak minta tolong orang #segan.
Lagi payung gambar sendiri. Tetiba rasa macam perlu pulak beli tripod senang nak pusing dan bergaya - gaya.
Masanya sudah tiba. Perlu terus gerak - gerak ke destinasi berikutnya.
Kawasan tempat letak kenderaan yang luas. Tu pun ada juga yang tak reti 'bahasa' parking sesuka hati.
Nota Kaki : Ada rezeki nak bawa Najla Nazihah jalan - jalan Pahang dan ke sini. Insya - Allah.
Jangan2 kita pergi hari yang sama ke sini hari tu hehe
ReplyDeleteSaya pun tak pernah smpai sini..menarik utk animal lover. Haa silalah beli tripod yer, nanti senang nak posing2
ReplyDeleteTeringin gak bawak anak2 ke sini tapi bila entah nak jadi kenyataan hihi
ReplyDelete