Suasana pagi hari disini seawal 7.00 pagi. Selamat tiba selepas melalui hampir 3 jam perjalanan berhenti - berhenti.
Lagi dan lagi gambar muka sendiri. Ye lah blogpun ' inilah shaizhar ' tak kan nak letak muka org lain kan?
Sarapan pagi ini. Tak nak makan nasi mahupun laksa jadi pilih bihun sup. Power giler sambal dia. Terbaiklah. Harga bihun sup RM 7 dan teh o RM 2. Ada banyak khemah, tapi aku pilih yang ini.
Alhamdulillah, merasa juga sampai ke Pekan sehari Temerloh
Ada jualan haiwan juga. Teringat masa ke KK, Sabah kat Pasar Gaya Street ada jual haiwan macam ini juga. Sana lagi macam - macam.
Ada aneka jenis kerepek harga mampu beli. Kat sini masih RM 5. Kalau kat KL/Selangor jangan harap dapat harga macam ini.
Beli lemang pulut hitam sepotong ada beberapa ketul RM 5 dan Rendang ayam RM 5 juga. Rasa sedap dan berbaloi dengan harga.
Nota Kaki : Memang ratusan manusia bersesak - sesak kat sini. Macam - macam barang juapan. Bukan sahaja makanan, minuman, pakaian ada juga semua jenis macam sayur - sayur serta buah - buahan dan hasil tangkapan terutamanya ikan patin. Kau orang pernah sampai sini?
Belum pernah sampai lagi ke pekan sehari. Terima kasih kongsi info.
ReplyDeletesama-sama
Deletetak pernah sampai...kiranya pekan sehari ni memang dia bukak sepanjang hari ker? or pagi shj? if kat kelantan, hanya pagi-awal tghari ajer, dan namanya pasar tani heheheh
ReplyDeleteyang saya tahu dari awal pagi hingga ke tengahari.
Delete