Kembali ke sini untuk kali ke 2. Tak puas, datang dengan anak tak boleh explore semua tempat dan tingkat serta ruang.
Ada kucing gergasi. Ambil gambar sambil menderma.
Ana Muslim kat ruang legar. Masa kunjungan pertama ada beli t short muslimah untuk Najla.
Ada both dari negeri Sabah. Dapat kuih cincin dan angplang.
Ada pameran baju tradisi serta buku - buku mereka juga.
Antara bunting yang ada. Semua ini adalah konsep marketing. Boleh orang tengok, orang baca, orang akan tahu.
Both karya seni dalam satu dewan kecik. Tak ada harga novel yang murah - murah. Jadi, next...Antara anugerah yang dia orang terima turut di pamerkan.
Kenal tak siapa ni? Ada 2 both dia di tingkat yang berbeza.
Masa datang pertama kali. Tak masuk sini. Agak - agak anakku kalau nampak ni apa dulu yang dia nak beli?
Konsep both terbuka. Sebenarnya ada banyak both yang menarik. Ni antaranya.
Ini lain macam. Tapi aku tak cuba. VR tu apa ye? Dia mcm kita pakai alat tu kita akan ke 'alam' seperti yang telah di setting pada program tu lah kot!
Dalam ini ada banyak penerbit buka sekolah. Antaranya Pelangi. Sebabkan hargan potongannya tak menarik. Jadi tak beli apa - apa kat sini. Masa datang dgn anakku, ada beli buku latihan dia dekat Sasbadi.
Masa nak keluar jalan - jalan cari makan jumpa maskot arnab pulak.
Hasil rembatan. Selain beli untuk anakku beli juga untuk diri sendiri. 7 novel murah - murah yang harga RM 5 setiap satu. Jadilah buat ubat rindu dah lama tak membaca.
Nota Kaki : Total berhabis tak sampai RM 70 termasuk kos makan minum berjumlah RM 19.
Semoga ada rezeki bawa anakku ke Pesta Buku tahun 2025.
masa sy dtg ahad tu kat booth ITBM dia buat happy hour. 1 bakul buku = RM50 boleh isi sebanyak yang boleh. kebetulan sy lalu kat situ. so mmg padatlah manusia tgh berebut2 isi buku dlm bakul
ReplyDeleteDulu saya kerap di pesta buku sebab kerja di syarikat penerbitan buku.
Delete