Masa pusing - pusing nampak ada tempat orang jual - jual ini.
Owh! Pasar karat atau jualan barang lama dan terpakai.Tapi ada juga jualan barangan baru dan minuman dan jajanan.
Ada mainan juga. Jom la jalan - jalan tengok apa yang ada.
Barang antik dan terpakai yang di jual.
Kasi up lah satu gambar. Time ini sekitar 11.00 pagi.
Ada juga jualan barang baru. Suka tengok cara gantungan dan displaynya. Yang tak sukanya, tak ada letak tanda harga. Ke aku yang tak perasaan?
Jom tengok apa lagi yang ada.
Seriuslah periuk terpakai macam ini pun di jual?
Antara alat pemotong yang di jual. Macam tak sesuai je jual terbuka macam ini. Kalau ada 'orang gila atau tak siuman' datang rampas, mengamuk dan tetak serta cederakan orang macam mana?
Lagi hasil jualan. Sebenarnya ada banyak lagi. Snap mana yang berkenan sahaja.
Cerita selanjutnya.....
Pusing - pusing kat sini pulak. Cerita ini pada cuti sekolah dan hari Ahad. Jadi, ramai manusia.
Sejarah Gunung Lang. Sila zoom untuk baca.
Notis dan operasi untuk baik botnya
Bot yang menunggu penumpangnya. Tak pasti ada berapa bot.
Kawasan sekitar di Taman Rekreasi Gunung Lang.
Lagi notisnya. Aku tengok - tengok sahaja dan tak ingat berapa harga bayaran untuk naik botnya.
Lepas beli tiket bolehlah beratur dan menunggu untuk naik botnya.
Suasananya. Ada air terjun. Asli kan?
Deretan puluhan orang menunggu giliran. Sebab aku tak beli tiket jadinya snap - snap gambar sahajalah.
Abadikan kenangan di sini. Malas nak minta tolong orang ambilkan.
Spot OOTD untuk mereka yang suka bergambar.
Selfie muka sendiri. Tanda sebagai bukti dah sampai sini.
Lagi gambar keindahannya. Subhanallah.
Baru tahu ini kawasan bekas lombong
Last gambar muka sendiri sebelum melangkah pergi.
Dari kejauhan. Tak nampak juga signboardnya
Melalui jalan keluar ada petting zoo. Snap gambar sahaja.
Nota Kaki : Dah tengah hari, melangkah pergi ke destinasi berikutnya tanpa arah tujuan. #kelaparan.
seram plak alat2 tajam tu dijual openly gitu jer
ReplyDeleteTue la. tak sesuai kot jual secara terbuka kan.
DeleteRamai nya org g situ ye... tak terpk plk nak g area gunung dl.. air terjun tu leh mandi kah?
ReplyDeleteTak boleh mandi rasanya. Buat bergambar2 je. Next time sila terjah ye!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete