Ini tak termasuk dalam list pun. Di sebabkan kepanasan dan kehausan carilah sesuatu untuk basah tekak.
Mungkinkah order dia bernama Lily? Ada kisah sejarahnya kat satu sudut tu, tapi aku malas nak snap dan baca.
Rasanya cendolnya tak seperti di bayangkan. Biasa - biasa aja. Nasib ada durian yang jadi penyelamat. Cendolnya hancur dan tak seperti di gambar. Banyak ais kisarnya. Rasanya semestinya manis dan perlu aku tambah dengan air kosong yang di sediakan percuma.
Dah tengah hari baru jumpa nasi dengan lemak daging salai. Kira masuklah manis - manis campur dengan yang berlemak. Isi dagingnya banyak dan sambalnya padu. Pedas yang boleh di terima. Sedap bagi tekakku.
Sila baca dan hadam. Ruangan belakangnya tengah di renovasi. Lepas ini akan lebih luas dan selesa bila siap. Surau dan tandas kat bawah termasuk tempat untuk pekerja.
Ada gerai jualan makanan lain juga. Ada gorengan dan takoyaki. Ada char kueh teow juga tapi kelihatannya seperti tutup.
Nota Kaki : Dan destinasi terakhir di Temerloh adalah....
Best nama kedainya
ReplyDeleteCendul durian memang harga macam tu....harga T20 macam tu
ReplyDeleteok jer rate cendol durian tu :) sbb durian kan mahal
ReplyDelete