280 - Balik Kampung : Menghitung detik pulang ke sarang

shaizhar
0



Pepagi hari dah singgah rumah mak sedara ku. Tak ada sesiapa semua anak pergi kerja dan cucu ke sekolah.

Rumah pusaka keluarga kami. Rindu warna rumah ini yang dulunya hijau kuning.
Tangga legend. Ni lah tempat bermain kami sewaktu kecil dulu. Dan di bawah rumah ini serta sekitarnya. Main pondok2, main masak - masak, kejar - kejar, lari - lari dah lain - lain.

Singgah kat rumah kampung pulak sebelum balik. Mak tiriku masak kari kepala ikan, ikan sambal sumbat, ikan goreng dan sayur campur udang. Mak Leha namanya, memang pandai masak. Masa muda memasak di kantin sekolah dan juga berniaga di kedai makan. Dapat juga rasa tanggan air seorang mak. Walaupun bukan mak kandung.

Masa untuk kembali ke 'sarang'. Pusing - pusing kawasan kampung dulu.

Suasana sawah padi (bendang) selepas musim menuai. Memang kering kontang dan panas kat sini. Berpeluh - peluh orang bandar bila masuk kampung.

Kasi healing dulu ambil angin kampung. Dalam 12.00 tengah hari dah bergerak kembali ke #sarang.
Kasi up gambar bukti dah balik kampung setelah sekian lama.
Bye bye Aloq Setaq sampai jumpa lagi.

Dalam 3.00 petang dah selamat sampai di R & R Sungai Perak. Isi perut dulu.

Alhamdulillah cuaca secara keseluruhan baik. Ada beberapa tempat hujan renyai dan sekali di timpa hujan sedang - sedang. Nasib dah lengkap pakai baju hujan.

Nota Kaki : Berakhirlah episod balik kampung kali ini. Sepupu paling rapat ada jemput majlis kenduri dan aqiqah anak perempuan dia. Tak dapatlah nak balik sebab dah booking dan bayar hotel kan. Next timelah kita jumpa kat Ipoh ke.


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !