Pertama kali nak makan kat cawangan di Seksyen 13, Shah Alam.
Dulu zaman covid19 tahun 2021 selalu pick up item di cawangan ini. Masa tu satu pintu sahaja dan Q sentiasa panjang.
Pintu masuk. Tak ramai orang pun tine tengahari ni. Ramai orang pergi open house kot.
Menu jenis-jenis kek dan produk lain berserta harga. Yang kini kek tu dah naik harga. Dulu RM10 je.
Suasana dalam cafe. Pink ialah warna tema #mamasab.
Kalau datang dengan family boleh duduk sini
Tulis menu yang nak di order. Pilih air panas sebab penutup nanti nak makan kek.
Antara pilihan yang ada. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Harga pun dah naik. Erm....
Tak banyak kek slice yang ada. Akhirnya pilih Nutella cheese tart (slice) harga RM 11.90
Antara kek display yang ada. Nak try yang 4 in 1 tu satu hari nanti. Tapi bukan dalam masa terdekat.
Nasi goreng + daging hari ku menangis serta sos yang sedap.
Tambah kentang goreng sebab pagi hari tak sarapan. Jadi double lapar lepas kali terakhir makan 12 jam yang lalu.
Kasi uplah satu gambar sebagai bukti datang makan minum di sini.
Penutup dengan makan kek. Nikmatnya tak terkata. Tak terlalu manis dan besar, sesuai dengan harganya.
Nota Kaki : Macam panas sikit kat cafe ibu. Dah lah hari kejadian kat luar memang panas terik.
tak pernah lagi try mkn kat sini...pink tu my fav colour
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDelete