Alhamdulillah. Pertama kali di sini. Sekitar 8.00am dah sampai di sini.
Sampai sini kena daftar dulu. Semuanya kini di hujung jari.
Dah tahun 2024 kan. Semua online je. Daftar kehadiran pakai google form sahaja. Buku program pun secara digital juga.
Dah selesai mendaftar. Pertama kali hadir di Mesyuarat Tahunan Persatuan Ibu Bapa & Guru. Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku.
Sarapan pagi untuk ibu bapa yang akhir ke mesyuarat ini. Syukur Alhamdulillah atas rezeki untuk pagi ini.
Nasi lemak dan kuih muih. Karipap itu biasa sahaja rasanya. Tapi, pulut udang tu sedap pulak. Nasi lemak dia kurang sikit pada tekak ku.
Dalam pukul 8.50am baru mula. Di mulakan dengan nyanyian lagu negaraku kemudian persembahan dari violin dari pelajar darjah 6.Ada juga persembahan silat lepas ucapan YDP PIBG.
Sessi tahun lepas jumlah murid sebanyak ini dan ada dua sessi persekolahan. Pagi dan petang.
Majlis di akhiri dengan jamuan makan. Ada sate, ice cream, air balang serta nasi beriani (tak ambil gambar). Syukur Alhamdulillah atas rezeki kurniaan dari-Nya.
Lepas habis kelas membaca kat Masjid Kampung Tunku bawalah Najla ke sekolah dia. Sambung mesyuarat PIBG. Dah selesai semua dia ajak pergi Taman Mainan depan sekolah dia. Tengah2 rembang kata orang. Matahari terpacak atas kepala dalam 12.30 Tengah hari macam tu. Layankan sajalah. Nasib anak sorang.
Nota Kaki : Pengalaman pertama di mesyuarat PIBG.
bagus tu shai rajin attend PIBG!
ReplyDeleteKali pertama. Tu yang pergi juga tu.
ReplyDeletesepanjang anak lady sekolah, x pernah ldy pergi mesy.. huhuhuhu.. kali ni ldy nak pergi lah..
ReplyDelete