273 - Balik Kampung : Ziarah pusara arwah mak, jengok ayah & jumpa mak sedara

 

Akhirnya dapat kembali ke kampung halaman tempat kelahiran di Alor Setar, Kedah.

Destinasi wajib, menziarahi pusara arwah mak (Al-Fatihah) Dalam kenangan 1948-2007. Dah 14 tahun tanpa mak di sisi.

Semoga ada rezeki dapat bawa anakku Najla Nazihah balik kampung dan ziarah pusara arwah tok dia.

Selalunya akan singgah ziarah kubur arwah 2 kali.Masa baru sampai kg dan time nak balik semula KL.

Selamat sampai kembali ke rumah kelahiran dan zaman remaja ku sehingga umur 17 tahun sebelum berhijrah ke kotaraya metropolitan Kuala Lumpur pada awal tahun 1998.

Singgah sekejap je, saya time waktu istirehat ayah dan mak tiriku. Dia orang ajak pun aku tak nak sebab dan kenyang makan tadi.

Destinasi berikutnya ialah kerumah pusara keluarga kami. Mak sedara aku yang panggil Chu Liah tinggal situ. Terubat rindu pada arwah mak bila dapat jumpa dengan adiknya.

Nota Kaki : Lebih selesa check in hotel sebab tak nak menyusahkan sesiapa 

Post a Comment

2 Comments

  1. Najla belum pernah ikut balik ke kampung ko ke Shai? Semoga ada rezeki bawak dia balik ke kampung dapat tgk kampung ayah dia.

    ReplyDelete
  2. oo dh lama mak shai meninggal yer..lebih kurang my dad laaa..dh meninggal 15 tahun yg lps...pantas betul masa berlalu :(

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.