Ada dapat shared informasi ini dari group whatsapps. Jadi alang-alang keluar, singgah lah sini.
Ada pentas. Siap ada cabutan bertuah lagi.
YB DUN Seri Setia YB Dr. Fahmi,memberi duit raya kepada yang berusia bawah 18 tahun sahaja.
Antara ratusan orang yang hadir. Lokasi di Kelana Mall.
Ada menu nasi minyak, dalca dan ayam masak merah.
Aku pergi dekat tempat juadah yang tak ramai orang atau perlu beratur panjang.
Laksa. Rasa masam- masam barulah sesuai dengan namanya.
Deretan mee kari. Sedap yang amat di tekak ku.
Ini rupa paras mee karinya. Bagi mangkuk kecil lebih baik dari mangkuk besar makan tak habis membazir je kan.
Lagi suasana di tempat kejadian. Yang duduk- duduk tu semua tetamu yang di jemput. Rakyat jelata ni duduk jelah mana-mana.
Ini kaunter lemang. Rendang ayamnya sedikit manis. Aku rasa mungkin citarasa pantai timur.
Ni kauter mee goreng. Laju je ambil sebab tak perlu beratur panjang.
Ini pulak tempat ambil air. Kemanisannya terlampau sangat.
Kalau nak makan sate, kambing golek memang kena beratur panjang. Ada juga menu lain macam rojak buah, buah-buahan, nasi lemak dan sebagainya.
Nota Kaki : Syukur alhamdulillah dengan rezeki untuk makan tengah hari ini.
Kalau pergi majlis terbuka macam ni, memang akan ambil makanan di tempat yang kurang orang, mudah dan tak penat nak beratur. Lagipun sekadar nak meraikan suasana, makan sekadar nak merasa.
ReplyDeletealhamdulillah rezeki tu
ReplyDeletebetul..untuk makanan berkuah, elok letak mangkuk kecik..baru orang berpada pada ambil...bukan kedekut, tapi elak pembaziran
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki dapat pergi majlis rumah terbuka macam ni.
ReplyDelete