Rancangan realiti yang mencungkil bakat - bakat baru. Big Stage Rocketfuel 2026 dah pun melabuhkan tirainya. Sebenarnya aku lebih suka kalau AKADEMI FANTASI (AF) di kembalikan di Astro.
Antara sedar tak sedar bintang - bintang AF adalah yang paling menyinar dalam industri berbanding rancangan realiti lain. Betul kan? Mereka bukan sahaja Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Penyampai Radio, Duta Produk, Ushawan malah merupakan Penghibur 'versatile'.
Bermula dari TTMM (Talk To My Manager) Musim ke 2 dan dapat no 2.
Alhamdulillah rezeki anak seni bernama HUSSAIN berjaya menjadi JUARA
BIG STAGE ROCKETFUEL - 2026
Jom layan lagu baru pilihanku.
Nota Kaki : Kalau dulu zaman AF3 ada fenomena TSUMAWI. Kali ini katanya TSUHUSSAIN Eh!.
Ntahlah, memang budaknya ramai peminat. Tiap minggu menang Anugerah undian tu. (Lupa nama dia)
Tengok juga Big Stage kali ini. Tengok time mereka nyanyi je.Time juri komen malas nak mendengar. 3 orang juri tetap tu macam ... erm... pepaham jelah. Lebih suka Juri Profesional yang memang arif dalam bidang mereka (Juri Jemputan).
Ini ranking Top 8 Lagu baru Bintang Big Stage Rocketfuel 2026. Tahniah pada yang menang.




Okay yang ni saya tak tengok. Tengok sikit-sikit orang share dalam TikTok je.
ReplyDeleteOh! ye ke.
Deletesaya salah seorang peminat hussain ;)
ReplyDeleteWah! anda salah seorang daripadanya ye!
DeleteKalau big stage ni kena tanya aunty.... dia tau semua
ReplyDeleteWoow! aunty fan yang mana satu.
Delete