Ramalanku Hampir benar belaka. Yahooo!! Ramalan Juara, Tempat ke 2 & ke 3 aku benar belaka.
Jom kita sambung tengok warna warni Anugerah Juara Lagu 40 dari kaca mata seorang insan bernama Shaizhar dan dari anak telinganya juga.
Persembahan pertama dari Aisha Retno dengan lagu Tak Adil. Bagi aku lebih baik daripada persembahannya masa Separuh Akhir. Tapi pemilihan pakaian kurang sesuai. Ramai netizen yang komen tengah aksinya yang berlebihan.
Ini bukan sekadar persembahan vokal dan persembahan. Apa pun Tahniah dapat no. 2
Persembahan ke dua oleh Wanie Kayrie. Pertama kali di pentas Anugerah Juara Lagu.
Mengharapkan dia menang persembahan terbaik. Tapi... yang banyak peminat dan undian tinggi 'itu' juga yang menang. Persembahan yang best! Sekurang ada jenis irama muzik yang lain di pentas akhir AJL 40 kali ini.
Meriah pentas. Siap terbang - terbang lagi. Mungkin untuk edisi akan datang penyanyi yang layak ke final perlu cari ideal lain yang luar dari kotak. Terbang - terbang, nyanyi2 kat tempat tinggi dah biasa sangat. Cari idea lain yang lebih fresh dan berbeza dari sebelum - belumnya.
Persembahan ke 3 oleh the Legend di AJL. Dayang Nurfaizah. Lagu bertajuk LEMAH. Dan bagai di dengar dan di lihat, persembahannya agak LEMAH. Dayang cuba sedaya upaya menyampaikannya walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.
Persembahan ke 4 oleh Amir Masdi. Ramai orang menjangkakan lagu ini boleh sekurangnya berada di Top 3, AJL 40 kali ini. Sayang seribu kali sayang menurut ketua juri kedudukannya berada di ranking Top 5. Dah berkali - kali mencuba tapi nasib belum menyebelahinya.
Persembahan ke 5 daripada Ryenald Guntabid dengan lagu Lumagad Oku Dika. Persembahan yang meriah dengan kombinasi backup vokal serta bintang sabahan yang turut tampil memberi sokongan kepada beliau yang pertama kali di pentas AJL.
Milik siapakah Anugerah Ikon Shopee. Dapat duit & dapat jadi Duta Shopee lagi.
Patut hadiah untuk vokal ini kena naikkan kurang - kurang RM 15,000 atau RM 20,000
Persembahan yang dinantikan.
Persembahan ke 6 dari K.O.I dengan lagu berjudul TWIKARMA yang pertama kali di pentas Anugerah Juara Lagu. Imej bertopeng dan menyembunyi identiti khabarnya dah terbongkar. Siapakah di sebalik topeng itu? Persembahan yang wow! lain dari pada yang lain. Muzik, melodi dan lirik yang penuh bermakna dan mempunyai mesej tersendiri.
Shopee sempat lagi suruh 'main' goyang - goyang. Imbas sahaja QR Code ada hadiah juga katanya.
Yang di nantikan. Dah la aku duduk kat area Ainations Die Had Fan dia.
Semua pun masing - masing nak tunjuk siapa yang 'hebat'.
Persiapan untuk persembahan 'Mega'. Konsep gunung berapi katanya. Tapikan menurut netizen ianya menyamakan dengan 'Neraka' Tak patut kan.
Lamanya juga nak tunggu persembahan ini untuk bersiap sedia.
Persembahan ke 7 dari Aina Abdul dengan lagu KAMU..Ada yang suka dengan persembahan ini dan ada yang mengkritik.
Bagi aku yang gemar dengan muzik dan lagu Aina Abdul. Aku ok je lagi pulak aku duduk dekat area Ainanations. Gile aku nak kena duduk diam. Geng Ainanations siap pakai T-Shirt bertulis tajuk KAMU.
Mereka memang happening tau.
Persembahan ke 8 dari Hazama. Erm.. Bagi aku biasa - biasa sahaja.
Hazama cuba untuk menari. Satu percubaan tapi.... mungkin buka pilihan ku.
Hadiah untuk tempat ke tiga. Kalau sorang sahaja berbaloi. Kalau ramai yang terlibat rasanya macam 'rugi' dan tak berbaloi.
Sekejap sahaja masa berlalu dah nak sampai ke 2 persembahan terakhir.
Hanya berdiri dan bertemankan latar wajah dan cerita di sebalik layar persembahan ke 9 dari Marsha Milan yang penuh emosi dan menyentuh jiwa sehingga menikam di kalbu.
Persembahan terakhir. Persiapannya memang mengambil banyak masa.
Penutup dengan lagu bertajuk Ke Mana ni dari Luca Sickta, Kmy Kimo dan Salam music.
Gabung 3 suara yang serasi dan bersatu.
Milik siapakah hadiah ini?
Nota kaki : Bersambung di episod yang terakhirnya. Kesimpulannya.
1. Aisha Retno = Persembahan bertenaga lebih baik dari Semi Final.
2. Wanie Kayrie = Percubaan yang baik tapi aksi 'terlampau' rasanya tak sesuai pun aksi terbang - terbang itu.
3. Dayang Nurfaizah = Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan tetapi tetap terus berjuang sehingga ke note yang terakhir.
4. Amir Masdi = Masih belum berjaya mencuri tumpuan juri. Mungkin perlukan satu lagu yang betul - betul 'tepat' untuk dirinya.
5. Rynald Guntabid = Sokongan dari penyanyi latar yang meriah dan beberapa rakan sabahan di tepi kiri dan kanan membuatkan persembahannya menjadi Wow!!
6. K.O.I = Misteri di sebalik topeng yang masih menjadi teka - teki. Apa pun satu lagu yang berbeza dari yang lainnya.
7. Aina Abdul = Ada yang kata dia berlebihan. Konsep yang keterlaluan. Tapi itulah dirinya. Yang tak minat sila duduk tepi.
8. Hazama = Masih juga gagal mencuri tumpuan juri walaupun sudah berkali - kali di pentas AJL. Mungkin bukan rezeki.
9. Marsha Milan = Bertahun - tahun di pentas AJL akhirnya vokalnya di akui. Tak perlu menjerit. Tak guna nak tunjuk skill yang keterlaluan. Kesederhanaanya mencuri tumpuan juri.
10. Luca Sikta, Kmy Kmo & Salam Muzik = Muzik dan rentak yang membuat orang ingin bergoyang bersama.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.