Makluman Aktiviti Fruit Salad – Year 3
Untuk aktiviti Fruit Salad Party pada 24/8/2026 (Isnin) semasa waktu Bahasa Inggeris (4.00 petang – 5.00 petang) , mohon ibu bapa membantu menyediakan buah seperti yang telah ditetapkan mengikut nama murid dalam infografik.
📌 Perkara yang perlu diberi perhatian:
1. Buah hendaklah dibasuh, dikupas dan dipotong kecil-kecil di rumah sebelum dibawa ke sekolah.🍉🥝
2. Buah perlu dimasukkan ke dalam bekas kecil yang bersih dan bertutup serta dilabel dengan nama murid. 🥡
3. Tidak perlu membawa pisau atau sebarang peralatan memotong ke sekolah. 🔪
4. Yogurt akan disediakan oleh guru. 🥛
5. Jika anak ingin menukar jenis buah yang ditetapkan, boleh bertukar dengan rakan dalam kumpulan yang sama terlebih dahulu.
6. Sila bawa bekas plastic untuk salad buah tersebut. (WAJIB)
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti ini. ❤️🍎🍌🍇
Najla & kawannya.
Punyalah happy.
Seronok anak - anak dapat belajar sambil ber'party' dengan kawan sekelas.
Nota Kaki : Tanya juga dia buah apa yang ada di makan. Di sebut dalam English sebab party ini dalam subject Bahasa Inggeris.





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.