Di satu pagi di hari ahad bertarikh 26 Julai 2026. Tiba di sini sebelum 7am.
Rasanya dulu nama hotelnya ialah Hotel Sri Petaling kalau tak silap.. Tiba - tiba tengok whatsapps booking. Oh! no... oh tidak. Waktu operasinya 7.30am. Ha ha ha. Jadinya, cari port dan duduk bersantai dulu walaupun bukan di tepi pantai.
Akhirnya beberapa minit sebelum 7.30am, melangkah kaki menuju ke hotel. Sesekali breakfast kat hotel. Ubah angin kata orang.
Pintu masuk utama.
Biasanya Buffet Breakfast kat Ruby Cafe di tingkat bawah. Tapi kali ini kat tingkat 1.
Inilah dia. Booking pakai whatsapps je. Terus bayar RM 18.40 termasuk service tax untuk seorang dewasa.
Ayuh!! kita menuju ke Lantai 1. Eh! tingkat 1.
Ini receptionist atau Kaunter Check in/Check out.
Naik lift ke tingkat 1. Ini tempat makannya.
Macam biasa sebelum isi perut.Kita buang apa yang patut.
Outfit today. All white. Eh!. Sila abaikan kelemak kat perut tu.
Jom masuk. Snap and snap dulu.
Patut buatlah air warna warni.Letak sekali air ais kosong kat sini. Ada 2 pilihan air sejuk sahaja.
Ada bubur juga di sini.
Ada minuman panas. Teh o dan kopi. Gula di letak berasingan.
Yahoo!! ada buah - buahan. Yang penting ada tembikai kegemaranku dan juga oren serta kuih dan muih.
Ada roti canai dan kuah dhal. Alamak!! baru teringat kalau roti canai cicah gula best juga kan. Kalau ada susu pekat lagi best!! Eh.. Eh...
Ada ini juga. Sosej dan kentang yek!
Round 1. Teh o, tembikai dan oren. Roti canai, sosej. kentang dan scrambled egg.
Ada nasi lemak juga.
Ada bihun goreng b@d@h. Sebab kosong dan tak ada sayur mahapun isi ayam ke fish cake or fish ball.
Ada juga lontong. Memang citarasa melayu.
Yang paling aku sukai ada sayur sayuran. Nyum!! Nyum!!
Ada cucuq yang sedap pada tekak aku.
Round 2. Ambil sikit bubur buat rasa - rasa. Ambil salad, cucuq, bihun sikit dan lontong. Alhamdulillah kali ini nasi impit memenuhi citarasa anak tekak. Bubur dia biasa - biasa sahaja. Ikan bilis dia 'out'.
Round 3. Makan yang manis - manis. Ambil roti sapu butter, jem strawberry dan kacang.
Round 4. Jarang ye aku nak makan yang berkuah dan bersup ini. Tapi kali ini anak tekak rajin main masak - masak buat mee sup. Nampak macam sikit.Sekali dah masuk mangkuk, banyak juga ye.
Round 5. Ambil lagi bihun walaupun pun kosong. Tapi nampaknya, nasi goreng kosong tu lagi 'out'.
Round 6. Baru nak merasa makan nasi. Sambal dia 'out' dah 3 'out' dah ni. Ha ha ha.
Ambil lagi tembikai dan tiga jenis kuih dan muih beraneka macam. Eh! kat nasi lemak tu ada ayam masak kicap. Ayam dia macam recycle, sebab sedikit keras.
Round 7 dan yang terakhir.Ambil lagi cucuq yang sedap. Kembung perut minum 2 gelas air sejuk dan 2 cawan teh 0. Ha ha ha
Nota Kaki : Berbaloi ke? Bagi aku okie sahaja. Tahap sederhana sebab semua yang aku suka ada. Ada buah - buahan, ada salad, ada teh o, ada cucuq yang sedap. Ada pilihan noodle, bubur, nasi.
Akan repeart ke? Erm... tengoklah macam mana. ha ha ha. Bulan Ogos ada dekat - dekat kawasan sini. Ada rezeki ada lah ye.Harap makanan yang lain pulak lah. Contohnya mee goreng ke, kan.. kan.


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.