692 - Lunch @ MZ Restaurant di Bandar Sunway vs Lunch @ Medan D'Selera Lindungan PJS 6

shaizhar
6

 

Sejak bila MZ buka restaurant ni?? 

Baru tahu time lunch kat sini meriah. Berpuluh jenis macam lauk ada. Rambang bijik mata wey!!
Diet ke laut China Selatan.

Tak tahu nak pilih yang mana satu. Macam - macam pilihan ada ni. 

Yang berlemak, yang pedas, berkari semua cukup lah.

Akhirnya nekad pilih apa sahaja yang terlintas di fikiran. Ada kerabu perut, kerabu mangga. Wajib repeat lagi ke sini.

Akhirnya. Inilah yang menjadi pilihan kalbu. Kari daging, masak lemak pucuk paku dan sotong masak apa ntah. Janji dapat juga makan sotong setelah sekian lama


bersambung di cerita makan tengahari di sini pulak.

Tempat biasa singgah selepas hantar Najla Nazihah ke Sekolah Kebangsaan.

Akhirnya sampai ke sini. Adakah misi Laksa Johor akan berjaya? Boleh tahan juga ye harganya.

Pertama kali order air dari kedai ini. Alhamdulillah tak ada lah tertumpah gula dan manis nak mampus macam kat Kedai Kak Sara tu. Boleh potong kaki kalau hari2 order air dari kedai yang bubuh gula segunung.


Laksa Johor yang segunung dan air tersenyum di belakangnya.

Dah macam makan ABC pulak dia punya meninggi.

Dari pandangan udara. Eh! kau orang rasa sedap ke idok?

Akhirnya misi Laksa Johor telah berjaya. Licin selicin licinnya. Maknanya apa?
Adakah kerana lapar atau kerana sedap.

Nota Kaki : Tak tahu nak cakap macam mana, sebab dah tak ingat bila kali terakhir makan Laksa Johor. Apa pun bersyukur atas rezekinya. Layankan je cerita makan - makan untuk beberapa episod ini. Itu je modal yang ada.

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. laksa johor kita suka...licin tu tandanya sedap

    ReplyDelete
  2. Apa rasa laksa Johor sebab tak pernah cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah. Ada rasa tersendiri. Mee nya mengunakan spagetti.

      Delete
  3. Banyak betul pilihan makanan yang ada. Yang masuk dalam pinggan pun berjenis-jenis tu. Alhamdulillah akhirnya misi mencari Laksa Johor berjaya. Kalau dah licin tu apa lagi, 5 bintang lah kan. Lawak pulak air senyum, rupanya gelas tu ada senyuman.
    sambil tersenyumlah kan dapat makan Laksa Johor. hihihi...

    ReplyDelete
  4. Dulu kat Bandar Sunway saya pernah pergi kedai banyak lauk iaitu Jaring namanya. Entah ada entah dah tutup kot....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !