Pertama kali di 2nd Street kat kawasan kilang area SS 13, Subang Jaya. Area ini memang menarik beli 4 percuma satu. Harga satu RM 5 je.
Yang nak cari pakaian basahan untuk yang bekerja 'berat' atau yang bajet - bajet tu boleh cari kat sini.
Ini kat yang bahagian dalam. Ingatkan besarlah macam kat SS 15. Hanya ruangan bawah setingkat sahaja. Area ini lebih premium dan berkualiti dari kawasan tadi.
Akhirnya tak beli apa - apa sebab tak jumpa apa yang dicari.
Menuju ke lokasi ke dua. Dah lama tak masuk The Summit USJ.
Di bahagian luar.
Akhirnya sampai juga Jepun tapi kat Malaysia.
Banyak giler barang jualannya.
Wah! kalau anakku Najla Nazihah datang ini agak - agak dia rambang mata tak?
Untuk kelengkapan rumah macam pinggan mangkuk dan yang sewaktu dengannya pun ada.
Ruangannya memang besar. Kalau betul - betul nak 'menyelam' ini boleh jadi 'lemas'.
Boleh dikatakan apa sahaja ada kat sini. Sila siapkan duit sahaja.
Pakaian pun banyak pilihan.
Betul lah kalau lama - lama kat sini, risau terbeli sesuatu.
Yang belum pernah datang boleh lah ukuar jalan - jalan jepun di cawangan berhampiran anda.
Harganya agak 'keras' sikit tapi basih berbaloi di bandingkan JBR Bundle.
Akhirnya dah jumpa apa yang di cari jom lah kita bayar. (Tiada gambar diambil).
Ada ambil gambar kaunter tapi....
Jom cari harta karun!!
Nota Kaki : Mungkin akan memilih pergi ke 2nd Street di cawangan yang lain pulak selepas ini sebab harganya macam lebih sesuai untuk insan - insan sepertiku. Masuk Jalan - Jalan Jepun takut sesat tak jumpa jalan keluar.



.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.