Alhamdulillah dah berjalan dengan jayanya pada 8 Mei 2026 (Jumaat).
Seawal 7 pagi dah sampai sekolah. Anakku Najla Nazihah datang naik kereta dengan mummynya. Alhamdulillah dapat parking yang dekat.
Sarapan pagi aku.Burger RM 3 dan air RM 1 setiap satu.
Suasana padang yang becak & berair kerana hari - hari hujan. Mungkin pihak sekolah salah pilih tarikh untuk sukan tahunan. Mungkin kalau awal tahun lebih baik & aman.
4 Rumah Sukan kat Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku. Anakku Najla Nazihah dalam rumah sukan bernama Cheetah yang berwarna kuning.
Anakku dan kekawannya dah mula bergerah ke tempat berkumpul. Khemah peserta untuk Sukaneka pagi hari ini.
Gimik pelancaran. Macam biasalah, aturcara tak mengikut masa yang ditetapkan. Dalam 8 pagi baru mula.
Masing - masing dah tak sabar nak beraksi. Di mulai dengan murid Pra Sekolah, kemudian darjah 1 kemudian darjah 2 dan terakhir baru darjah 3.
Dekat 10.40 pagi lebih kurang baru giliran pasukan anakku.
Jom lah tengok aksi Najla Nazihah.
Mendapat tempat terakhir yakni 4. Tak apalah anakku. Najla dah buat yang terbaik. Ini adalah kerja sepasukan. Mungkin kali ini dapat ahli yang sikit lemah. Eh! yang tak berapa nak laju dan pantas.
Dah! jom kita gi jalan - jalan cari makan. Aku tertarik dengan roti ini.
Harga RM 7. Rasa macam sama yang aku jumpa jual masa healing kat jualan barang pre loved di SS 15, Subang Jaya.
Rupa parasnya ada Ayam dan juga Daging. Aku pilih yang Ayam. Alhamdulillah rasanya sedap bertambah sedap bila aku letak cili sos.
Yang berada di atas api sedang di masak.
Berakhirlah sudah episod di tahap. Insya-Allah tahun depan dah masuk tahap 2. No more sukaneka. Semoga anakku adalah masuk apa - apa acara sukan. Kalau tak pun masuk perarakan pun okay juga.
Nota Kaki : Esoknya 9 Mei 2026 adalah Hari Sukan bagi acara Balapan melihatkan tahap 1 dan 2.




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.