148 : Good Bye 2023 & Hello 2024

shaizhar
1

 

Goodbye 2023
Alhamdulillah tahun ini masih diberi nafas dan nyawa serta sedikit masa untuk anakanda kesayangan hamba. Dari segi kerjaya pulak. Ok2 je la. Dari Kelana Jaya pindah kerja ke SS 2. Tak lah jauh sangat macam tahun 2022 bekerja di USJ & Seksyen 13 Shah Alam.

Tahun 2023 penuh dengan kisahnya. Yang manis disimpan jadi kenangan dan yang pahit dibuang pergi jauh-jauh dan jadikan pengajaran untuk masa mendatang.

Kerja part time pun berjalan seperti biasa. Ada pasang surutnya. Kadang rezeki lebat kekadang tak ada. Apa yang penting kena tingkatkan usaha dan kena buat sesuatu untuk bekalan masa depan untuk bidang kerjaya ini.

Awal tahun 2023 memang dah apply dan plan nak sambung belajar kat Open Universiti tapi kelasnya online. Tahu je lah kalau kelas online kena ada laptop dan strong internet dan aku tak ada semua itu. Jadinya berkubur jelah impian tu.

Seiring berjalan masa, akhirnya aku diberi kesempatan untuk sambung belajar dan ambil exam untuk Sijil Kemahiran Mara SKM. Kira sama level macam budak-budak lepas SPM belajar kat Giat Mara dan Institut Belia Negara tue la. SKM ini ikut bidang. Memandangkan kemahiran aku dalam bidang urut. Jadinya aku ambillah dalam bidang tersebut. Insya-Allah tahun 2024 nak sambung ambil Diploma Kemahiran Malaysia - DKM. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. A-Min

Nota Kaki : Selamat datang 2024, tak banyak pun yang aku harapkan. Semoga diberi lebih banyak masa dan waktu untuk bersama anakku Najla Nazihah. Keluar jalan bersama-sama, makan-makan, minum-minum dan mengajar serta belajar. 2024, anakku dah nak masuk darjah 1. Banyak persiapan nak kena buat. Banyak juga RM yang perlu dibelanjakan. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Raya tahun  ni pun tak tahu lagi macam mana. Mungkin seperti tahun-tahun yang lalu. Yang penting dan diutamakan ialah anakku. Semoga anakku membesar menjadi anak yang solehah, bijak & pandai. Beradab dan menghormati ibu bapa serta orang tua. Mendengar cakap dan mudah menerima ilmu serta teguran serta dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Daddy sayang Najla. Semoga sedikit masa lagi anakku dapat baca apa yang daddy tulis dan taipkan pada hari ini. I Love U.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !