165 - Dinner at Richiamo Coffee @ Ara Damansara

shaizhar
1
Selalu lalu je kat sini. Hari ini singgah dinner. Lokasi perhimpunan LRT Lembah Subang.

Ada set nasi dan lauk rupanya. Ingatkan western sahaja. Pernah pergi dekat cawangan Kelana Jaya dengan Anakku Najla Nazihah tapi makan nasi lemak sahaja sebab awal pagi masa tu.

Pintu masuk ke dalam restoren.

Dibuka 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Dekorasi dalam restoren.

Harga menu pilihan hari ini. RM 22.80

Ada jual pastry dan kek- kek serta manisan lain termasuk donut.

Ada juga pilihan western. Tapi hari ni tekak tetap nak makan nasi.

Zoom lebih dekat pilihan yang ada. Harga pun berpatutan.

Order di kaunter dan terus bayar. Sangat suka konsep macam ini.

Pilihan hari ini. Set nasi dengan daging masak hitam. Lauknya banyak dan sedap di tekak. Cuma nasinya sikit. 

Zoom lebih dekat. Presentationnya menarik. Pinggan khas dengan nama Restoren.

Mushroom soup dan garlic break pun sesedap rasa juga. Sebab daging masak hitam tu banyak. Aku cicah dan makan dengan roti.

Selepas. Alhamdulillah makan sampai licin. Pilih minum air suam sahaja. Di usia 40-an ini dah mula kurangkan minum manis-manis. Tapi masih tak berapa berjaya jauhkan diri dari kuih-kuih manis. Harap lebih istiqomah lepas ini.

Nota Kaki : Mana lagi nak jalan2 cari makan lepas ini. Insya-Allah ada rezeki akan terjah tempat makan lain pulak.



Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wahh sedapnya.terliur mushroom soup dan garlic bread tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !