Selalu lalu sahaja dan tak pernah singgah. Lokasi berhampiran Subang Airpoort.
Brunch kat sini hari ini. Memang betul-betul belum sarapan. Perut pun dah berkeroncong.
Sampai dalam 15 minit sebelum 11am. Ingatkan orang pertama. Tengok2 dah berbelas orang yang datang lebih awal dari aku
Suasana dalam Restoren. Ada banyak pilihan tempat duduk.
Aku pilih set nasi dengan daging salai. Suapan pertama rasa sikit pedas. Dah lama ok lah. Isi dagingnya pun banyak. Harga RM 10+ RM 1 untuk air = RM11
Pilihan air balang pada harga RM12. Refill percuma dengan cup yang sama. Air sejuk dan suam adalah percuma. Lain2 air kena bayar.
Antara menu yang ada. Tak berapa nak nampak sangat kan.ada keli, telur itik dan lain-lain.
Konsep beratur, pilih, ambil, bayar dan makan.
Nota Kaki : Biasa kalau time waktu makan tengah hari memang ramai orang dan penuh. Kalau ada rezeki dapatlah tengok kapal terbang mendarat.
reasonable dah tu harganya utk rate klang valley
ReplyDelete