167 - Misi Mencari Bilik Sewa

shaizhar
6

 

Akhirnya awal tahun ini aku buat keputusan untuk melangkah pergi dari rumah sewa sekarang dan mula misi mencari bilik sewa.

Lokasi pertama di SS 5 berhampiran dengan Kuaters Kastam. Owner dia India dan rumahnya di tingkat 1 atas pada Speedmart dan sederet Restoran Jamal yang berhampiran Wisma FAM.

Yang kosong tu ialah bilik sharing bekas tempat peninggalan pengawal keselamatan dari Nepal. Memang aku pangkah la. Dah lah serabut banyak barang dan dapur serta dapur pun tak bersih.

Katanya ada unit kosong belakang Restoran Jamal. Aku malas nak pergi tengok sebab dia kata nak buka untuk budak Unitar.

Gambar hasil google.

Kawasan kedua yang aku cari ialah di Sungai Way. Agent tu tak menepati masa dan janji. Dah bagi tahu aku datang 6.00 petang ke 6.15 petang. Aku sampai dalam 6.20 petang terpaksa pulak tunggu dia dekat 15 minit. Sebabkan rumah dia mengerikan dan lebih teruk dari gambar di atas aku putuskan untuk berlalu pergi. 

Gambar hiasan juga.

Pilihan ke 3 dekat belakang Paradigm Mall. Aku tak pergi tengok pun. Sewa bilik kecil RM 500 dengan RM500 deposit dan RM 200 agreement. Kalau tanpa deposit RM 538 sebulan. Aku tak cukup bajet dan lagi pun mix gender unit.

Gambar ambil dari Google.

Lokasi ke 4 ialah di PPR Lembah Subang 2. Rasanya scammer, sebab sewa bilik murah. Gambar dalam rumah cantik sangat. Whatsapps dan call pun tak jawab. Kau rasa?

Akhirnya aku memilih untuk menyewa di Lagoon Perdana Apartment di area Bandar Sunway.
Harga sewa biliknya dalam budget dan aku kenal dengan tuan rumahnya. Aku juga dah biasa dengan kawasan ni. Mungkin ini tempat tinggal terbaik buat masa ini.

Nota Kaki : Akan tinggal di tingkat 14. Paling tinggi pun pernah tinggal di Kuarters tingkat 11 dan 9 sahaja. Semoga urusan berpindah ini di permudahkan.



 







Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahumma yassir. memang mencabar bab2 cari rumah sewa/bilik sewa lebih2 lagi kat klang valley

    ReplyDelete
  2. nampaknya hiduo sukar dan mencabar...saya juga pernah lalui hidup dengan sewa bilik...orang putih kata...sruggle is real

    ReplyDelete
  3. Masa bujang dulu pun pernah sewa bilik... Bilik sebelah dah kahwen, husband dia dtg time wikend... Tp, tak pernah terserempak lah.. Sebab kita kerja kol 11malam bru balik.. Bilik sebelah tu keje goverment.. Awal lagi dah tido.. Yg x best nya, sorang2 pindah sesenyap... Kita pun angkat kaki lah jugak..

    ReplyDelete
  4. Uih... boleh tahan jugak harga area tu kan? Dah lama tak update harga bilik sewa ni....

    ReplyDelete
  5. semoga dapat teman serumah yang baik, yg tak pengotor

    ReplyDelete
  6. Semoga dilancarkan rezeki dapat cari rumah sewa yg elok pulak lepas ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !