Hari yang di nantikan akhirnya tiba. Dah pesan suruh tidur awal, esoknya kena bangun awal. Kita orang gerak dalam 7.10 pagi dan sampai dalam 7.30 pagi.
Ada both pameran di luar.
Tempat agak sempit. Penuh sesak dengan orang.
Ikut jelah kemahuan anak sorang ini. Beli yang biasa-biasa sahaja.
Masuk awal dalam dewan. Duduk di bahagian hadapan. Aturcara tak mengikut jadual.
Ada dua persembahan. Yang pertama tu lupa nak ambil gambar. Nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu tadika kemas
Nasib giliran Tadika Kemas Kastam ni di sidang pagi dan sekolah yang ketiga.
Kini giliran anakku Najla Nazihah
Time ini baru pukul 10.00 pagi. Dah selesai ibu bapa boleh keluar bagi peluang yang sidang 2 pulak masuk.
Ada juru gambar profesional yang ambilkan gambar. Ibu bapa tak dibenarkan ke depan pentas.
Zoom sedaya upaya.Dah hilang tudung dia. Mesti panas kan. Kat belakang pentas bersesak -sesak dengan ramai kawan - kawan yang lain.
Abadikan kenangan di sini. Nasib baik dan tak sesak masa nak ambil gambar ni.
Alhamdulillah dah habis belajar untuk usia 6 tahun. Suruh tutup mulut sebab satu gigi tak ada.
Daddy dan anaknya. I love you anakku Najla Nazihah binti Shaizhar
Minta tolong orang ambilkan gambar. Mummy dia tunggu kat luar. Time ni memang sesak. Ramai ibu bapa tengah daftar untuk sidang ke 2.
Nota Kaki : Next hari orientasi darjah satu pulak pada hari Sabtu 27/1/2024.
Sekejap je dah nak masuk darjah 1 anak ko Shai. Bila la dapat jumpa si Najla ni.
ReplyDelete