57 - Makan Makan dengan Anak Kesayanganku

shaizhar
1

Anakku akan bermalam dirumahku pada setiap hari Rabu. Lepas balik kerja akan ambil dia di rumah pengasuh. Sebulan sekali dia akan bermalam pada hari sabtu 2 hari 1 malam. Macam masa PRN baru-baru ini dia bermalam 3 hari 2 malam sebab hari isnin tu cuti.

Restoran ini tepi jalan je dekat kawasan tempat tinggalku. Antara banyak kedai makan yang ini paling boleh diterima ditekak dan memnuhi citarasa.

Order nasi goreng u.s.a suka makan macam ini sebab ada telur mata. Tapi kalau kedai makan pantai timur memang sup dia letak cili dan pedas yek? Pernah dulu masa time perut tak sihat order sup. Sekali kena sup pedas. Mati selera.

Anakku order bihun goreng tak nak sayur. Makan la dua tiga suap lepas tu tak nak.

Selepas. Bihun tue kasi bungkus bawa balik. Kat umah dia makan biskut chipsmore dengan 1 choki choki je. Esoknya aku bawa la bihun ini buat bekal sarapan.

Nota Kaki : Tengah memikir aktiviti dua beranak untuk bulan September 2023. Nak bawa ke mana pulak ye? Tengah cari idea.









 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. yg penting create memories and spent precious moments together

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !