56 - Mengimbas Kenangan Dulu-Dulu

shaizhar
2

 

Berdiri teguh Menaraku tercinta
Mercu tanda kemegahan negara

Itu antara baris sajak ciptaanku yang pernah menang masa pertandingan mencipta sejak hari ulangtahun ke 2 Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd pada tahun 1998.

17 Feb 1998 - 16 Ogos 2010. Sudah lebih 13 tahun meninggalkan syarikat pertama tersebut selepas lebih 10 tahun 6 bulan berkhidmat dalam berbagai jawatan dan jabatan.

Masih ada ramai lagi kawan-kawan sekerja dulu yang masih setia berkhidmat disini. Ada tue dah lebih 27 tahun usia perkhidmatannya. Dan ada sorang bos tue dah lebih 30 tahun setia di sini sejak mula-mula Menara KL ini dalam proses pembinaan lagi.

Syarikat ke 2 bekerja hanya sekejap sahaja dalam 1 tahun 4 bulan dan kemudiannya dapat tawaran kerja dengan Keluarga 'bekas' mertua. Lokasi tempat kerja kedua ini di Jalan Tun Razak berhampiran Bank of China dan juga Ampang Park. Ada jugalah kenangan di Ampang Park.

Nota Kaki : Tempat kerja ke tiga hanya 'setia' selama 8 tahun 8 bulan sebelum buat keputusan untuk melangkah pergi. Ketika itu tahun bulan September 2020 dan musim PKP. Cabaran untuk mencari kerja lain memang susah dan sukar. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun melalui berbagai kesukaran.







Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pulak tempat pertama mencari rezeki.

    ReplyDelete
  2. pastinya fasa2 kehidupan yg sungguh bermakna

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !