54 - 4M (Membaca, Menulis, Mengira & Mewarna) bersama anakku Najla Nazihah

shaizhar
4

 

Setiap kali anakku bermalam dirumahku aktiviti 4M akan bermula antara jam 8.00 malam - 9.00 malam bergantung kepada keadaan.

Hasil mewarna anakku yang berumur 6 Tahun. Nak mulakan aktiviti 4M kena mula dengan berwarna dulu. Kalau boleh semua gambar dia nak warna.

Ajar mewarna ikut contoh seperti di sticker yang ditambal kat atas sebelah kanan tu.

Seterusnya ialah Menulis. Tulis number 1-10 (kemudian bersambung 11-19) dan seterusnya. Ini hasil tulisan anakku yang baris ke 2. Dia tak suka nak tulis nama kedua dia "Nazihah" sebab katanya panjang dan susah. Jadi, salahnya mak kau! 'mummy' sebab bagi nama panjang-panjang. Ha ha ha .

Belajar menulis huruf besar dan kecik, Kalau tulis nama 'Najla' je memang dia dah boleh buat. Macam ni lah rupa anakku di usianya 6 tahun. Ada juga beberapa huruf susah dia nak sebut dan ingat. Antaranya L, Q dan S. Masa di akhir pembelajaran dia dah boleh ingat huruf S.

Aktiviti seterusnya ialah mengira. Kena ajar tunjuk dengan jari suruh dia kira sama ada tolak atau tambah. Ini salah satu contohnya la. Kalau bab nombor. 3 dengan 8 dia tak berapa nak pandai tulis lagi dengan betul dan cantik. Akan usaha lagi ajar sebab tahun depan (2024) dah nak masuk darjah 1.

Aktivi membaca biasanya ajar sebut A,E,I,O,U dan kemudian ajar macam contohnya U dang... A yam .. I tik.. E mak, O rang. 

Dia sendiri cakap dengan mummy dia, Daddy garang kalau mengajar. Mahu tak garang susah sungguh nak dengar cakap. Tapi akhirnya, dia ikut juga.

Nota Kaki : Lepas ini nak kena beli banyak lagi buku-buku latihan. Main-mainan pun biasanya beli sebulan sekali dan yang murah-murah sahaja.











Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aktiviti untuk perkembangan pembelajaran anak dimulai dengan 4M. Moga anak membesar menjadi penyejuk hati ibu dan ayahnya.

    ReplyDelete
  2. Bagus.. melentur buluh biar dari rebungnya kan.. kang jadi buluh, macam Ayahnya pulak hahahaha

    ReplyDelete
  3. bila anak2 dh besar, kita akan merindui all these moments zmn anak2 kecik

    ReplyDelete
  4. Bagus, melentur buluh biar dari rebung. Semoga Najla cepat pandai sebab dapat cikgu daddy yang garang hahaha!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !