50 - 2H1M @Selangor : Cendol Durian Borhan @ Tanjung Karang

shaizhar
5

Lokasi minum-minum yang terakhir untuk 2H1M ini ialah di Cendol Durian Borhan di Tanjung Karang.


Makin besar dan selesa. Syukur alhamdulillah tanda ada kemajuan dalam perniagaan.

Sekarang dah ada jualan produk durian crape pulak. Jom masuk tengok apa yang ada.

Jualan produk manisan. Kalau ikutkan semua benda pun nak beli dan cuba. Memikirkan daripada keturunan berpenyakit 'kencing manis" jadi berpada-padalah.

Produk durian crape pun ada perisa juga sekarang. Yang original tu RM 13.

Antara perisa durian crape yang ada. Mungkin lain kali akan mencubanya.

Untuk aktiviti terakhir ini. Marilah kita nikmati cendol durian paste sahaja + pulut. Harga kalau nak cendol durian original (berbiji) ialah RM 16. Jadi nikmati seadanya.

Inilah rupa paras cendolnya. Dah lama tak makan pulut. Dapatlah merasa makan pulut durian bersama cendol

Kasi snap satu bukti dah sampai lagi ke sini.

Akhirnya. Habis juga menikmati semangkuk cendol. 

Nota Kaki : Berakhir sudah episod 2H1M di 2 negeri iaitu Perak dan Selangor. Mana pulak destinasi yang nak diterjah lepas ini? Tunggu... Total perjalanan pergi balik ialah dalam 650 KM + dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan. Makan + minum + penginapan + beli ole-ole dan minyak adalah sebanyak RM 200.00

 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Percutian bajet. Tidur motel murah je. Naik motorsikal. Jimat minyak dan tanpa tol. Makan pun biasa-biasa je. Beli ole-ole je pun dekat RM 60 kira 1/3 daripada budget.

      Delete
  2. OK ke belakang kalau bawak motor lama2 Shai? Aku dulu bawak motor sampai Bangi je pun dah rasa lenguh2 pinggang. Salute la ko bawak motor jauh2 ni.

    ReplyDelete
  3. Macam pernah la singgah cendol kat sini. Tapi tak ingat bila.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !