779 - Jejak Selangor - Kajang (Jalan - Jalan Cari Makan : Nasi Minyak Kenduri @ Taman Kajang Utama)

shaizhar
0

Negeri ke tiga yang aku dah rasa Nasi Kenduri hari - hari
Pertama di Melaka (Paya Rumput), Kedah (Hutan Kampung) dan kini di Selangor (Kajang)
Selain misi ROTI CANAI, NASI LEMAK & CENDOL kini dah masuk list JJCM iaitu NASI KENDURI. Kalau sate selalunya hanya menikmati di Kajang sahaja buat masa ini.

Lokasi berhadapan SMK Kajang Utama.

Pintu masuk utama. Parking kat tepi - tepi jalan.

Boleh je cari kat Google Maps Nasi Kukus Kak Ma.

Di bawah khemah orang kawin.

Ada Roti Canai Kambing.

Nasi Kerabu Lemak Bakar

Ada Nasi Kukus Ayam Dara katanya.

Ada nasi minyak yakni nasi kenduri. Ye!! Ye!!

Aneka lauk pauknya. Memang berbaloi!!

Ada juga hidangan sarapan pagi. Aku sampai di lokasi ni dalam 10.45pagi lebih/kurang.

Yahooo!! makan nasi kenduri walaupun bukannya di kenduri kawin sesiapa.

Lokasi ambil air balang. Bayar RM 1 boleh ulang ambil berkali - kali.

Sirap di kenduri kawin yang tak ada pengantin. Aku ambil 3 kali. ha ha ha. Kali ke 3 tu ambil separuh je.

Pilih tempat kat kawasan ada kipas angin.

Nasi selambak. Nak tambah nasi percuma je. Teka harga?

Di sebabkan bela saka dan dia belum sarapan pagi. Jadi kita melantaklah dengan hidangan penuh dan meriah dengan macam - macam lauk. Ajar tu je tak kena pada tekak aku. Keropok tu pun tak berapa nak sedap sebab ada yang keras.

Di mulakan dengan bismillah.

Tempat makan ni lalu - lalu kat Muka Buku aku. Jadi dah dekat aku singgah lah. Dari hotel penginapan dalam 3.5km. Sejak2 WAZE di HARAMKAN, mulalah belajar mengunakan Google Maps.

Muka ada happy. Marilah pulang.. marilah pulang... Kita pulang ke sarang.

Nota Kaki : Meneruskan perjalanan balik terus ke Bandar Sunway. Nanti cuti panjang Deepavali pulak. Ke manakah destinasi di Selangor yang akan di jejaki? 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !