Bahan yang diperlukan untuk resepi Kari Ikan Cap 'O'
* Rempah kari cap o (2 bungkus)
* Bawang merah secukupnya
* Bawang putih
* Daun kari (wajib)
* Daun pandan (sunat)
* Tomato
* Kentang
* Lobak merah
* Santan
Dan 'hero' kita dalam cerita ini ialah ikan. Namanya ikan mambung 3 ekor RM 4.56 sebab ada promosi 2 hari dekat Segi Fresh Market sempena kempen rahmah. Ada juga barang-barang lain dijual dengan harga murah daripada biasa.
Dimulakan dengan bismillah. Tumis bawang kemudian masukkan daun kari yang dipetik di kuarters tempat anakku tinggal dan juga daun pandan yang diambil secara percuma bawah block rumahnya.
Masukkan bawang putih serta rempah karinya. Aku lebih suka jenama cap o. Tapi kadang-kadang pakai juga rempah jenama abadi. Tapi sebenarnya kalau nak sedap campur rempah ikan + ayam/daging lebih sedap. Menurut tekak aku lah.
Tunggu sekejap dan kemudian masukkan air secukupnya . Kemudian masukkan kentang serta lobak merah.
Lepas tu masukkan 3 ekor ikan. Aku terlupa pulak nak beli kacang bendi.
Dah lepas mendidih baru aku masukkan santan. Sebenarnya ikut cara masing-masing la. Nak masuk santan dulu ke air dulu ke. Lain orang lain caranya. Akhir sekali jangan lupa masukkan garam dan sebuk perasa. Biasanya aku masukkan sikit gula. Dan akhir sekali baru masukkan tomato.
Dah siap Kari Ikan Cap 'O' selamat mencuba.
Untuk dinner hari ini makan sekor dulu.
Masak juga telur dadar (2 biji telur) + bawang merah dan cili kering.
Menu hari ini. Bila makan kari memang tak sah kalau tak bertambah-tambah nasinya.
Kasi zoom sikit. Semerbak mengharum la rumah sebab menumis daun pandan kan.
Alhamdulillah selesai. Yang tinggal hanyalah tulang-tulang.
Nota Kaki : Seingat aku masa umur 16 tahun lagi memang aku suka memasak. Masa tu arwah mak aku sakit dan berada di hospital untuk satu tempoh yang lama. Selalunya aku suka masak kubis goreng + telur. Alhamdulillah aku jenis tak terlalu memilih bab makan ini.
Masa zaman PKP pun aku selalu rajin turun ke dapur memasak. Antara menu masa tu ialah Popia Chesee Carbonara. Ah! dah lama tak buat. Kalau rajin nanti akan buat lah nak share resepi di sini.
wahhh terbaek laaa...rempah kari cap O tu memang famous
ReplyDelete