687 - Pengalaman Pertama Menaiki BRT Sunway Line

shaizhar
10

 

Pengalaman pertama naik BRT Sunway Line.

Dari ofis berjalan kaki beberapa minit menuju ke Stesen BRT.

Akhirnya sampai juga. Setelah sekian lama, hari ini adalah harinya.

Menuju ke Platform 2.

Dah sampai.Boleh guna Touch N Go.

Macam ini rupa laluan/jalan bas tersebut.

Jambatan 'Pulau Pinang' di PJ.

Beratur dan menanti kedatangan bas.

Akhirnya bas pun sampai.

Memberi laluan untuk penumpang keluar. Kemudian barulah boleh masuk.

Memilih untuk berdiri. Kelihatan bangunan tempat kerjaku.

Menuju ke destinasinya.

Antara 'amaran' yang diberikan.

Berselisih dengan bas di laluan bertentangan.

Menuju ke hentian ke 2.

Kelihatan Sunway Hotel dan sayup2 Sunway Pyramid.

Stesen Sunway Lagoon.

Amazing Sunway City!!!

Suasana di Bandar Sunway di tengahari.

Menuju ke destinasinya. Datang sini sebab nak makan sesuatu dan jalan - jalan cuci mata.

Di sebelah kiri Sunway Medical Center dan dihadapan shopping mall baru di Bandar Sunway iaitu Sunway Square Mall.

Harga perjalanan RM 2.60 sehala.

Berhenti disini. Alhamdulillah, pengangkutan keretapi di Malaysia sudah semakin baik.

Dah lepas makan, jom lah kita balik.

Bas ini menuju USJ 7 kalau tak silap.

Nanti nak naik BRT ini sampai ke penghujungnya atau sampai ke Mydin USJ.

Kelihatan Sunway Pyramid dalam perjalanan balik.

Dah semakin hampir ke stesen terakhir.

Stesen Mentari. Kebanyakkan yang naik tadi ada pelajar dan warga asing dan majoritinya dari China dan turun dekat Stesen Sunway Lagoon.

Kelihataan  lagi bangunan tempat kerjaku.

Dah sampai ke hentian terakhir.Marilah kita turun.

Bas akan berhenti bila - bila masa. Ayuh!! turun dan berjalan kembali ke sarang. Anggaran perjalanan pulang tadi dalam 7-8 minit (berhenti - berhenti)

Berjalan menuju ke ofis di hadapan sana. Beberapa minit sahaja dah sampai.

Anggaran dalam 3 minit dah sampai di sini.

Jom seberang jalan dan kembali bekerja.

Dah sampai. Ayuh!! mendaki anak tangga.

Tingkat 1 je pun. Depan ofis adalah surau. Nak ke tandas ambil sebelah kiri dalam anggaran 100 langkah akan sampai.

Dah di depan pintu masuk ofis.

Dah sampai. Itulah meja dan kerusi tempat kerjaku (Workstation)

Nota Kaki : Lepas ini boleh lah bawa anakku Najla Nazihah naik bas ini pulak.

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah..Shai bawak kami semua jenjalan naik bas la...kalau SA ni sorang- sorang memang sesat barat la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya dari umur 15 tahun dah biasa naik bas seorang diri. Event masa umur 17++ lepas SPM pun biasa Kedah - KL - Lumut - Teluk Panglima Garang rumah abang2 dan kakak

      Delete
  2. Bayar guna TnG ke? Aku bab naik bas ni belum lulus lagi. Selalu naik MRT/LRT/monorel je. Tak tau bila nak tekan loceng utk berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je macam naik Rapid KL yang lain. Ni semua adik beradik dia juga. Best naik bas area Bandar Sunway ni. Tak perlu bersesak dengan kenderaan lain kat bawah. Ha ha ha. Dia ada laluan dia sendiri.

      Delete
  3. 1st time saya tahu psl BRT hahah sbb saya tahu LRT or MRT ajerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah. Hanya di Bandar Sunway menuju ke USJ 7 Subang Jaya. Best tau duduk Bandar Sunway, macam2 ada.

      Delete
  4. Tak pernah lagi merasa naik BRT ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang naik ini tak perlu bersesak dekat jalan raya utama kat bawah tue.

      Delete
  5. sy kalau naik BRT ni cuma nak ke sunway piramid je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunway Pyramid memang tempat ramai orang turun/naik BTS ni.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !