684 - Lunch 2 Hari @Medan D'Selera Lindungan PJS 6

shaizhar
10

 

Pada hari Selasa 28 Julai 2026 datang sini dengan harapan nak makan Laksa Johor tapi dah habis. Cepat benar habisnya. Mesti kes masakan sikit. Pada hal waktu itu belum lagi pukul 1pm.

Jadinya orderlah set Nasi + Telur Dadar + Sup Perut. Cili dan sup itu adalah pedas ye. Harganya ialah RM 12.00

Beli dekat gerai No 7. Ada pilihan makanan lain juga.

Keesokannya, 29 Julai 2026 di hari Rabu, datang lagi nak makan Laksa. Sekali tutup pulak. Jadi order air dekat gerai no 5 dan makanan kat gerai no 6.

Zoom lebih dekat Nasi Ayam geprek. Sambalnya just nice. Tak pedas dan tak adalah biasa - biasa sangat.


Harganya hanyalah RM 10.90

Suasana dari gerai No.1 Sunyi sikit belah sini. Yang hujung itu adalah tandas.

Ini adalah kedai Laksa Sarawak itu. Tak tahulah pasal tutup biasanya kata tutup setiap Jumaat & Isnin.

Yang tinggi itu adalah tempat kerjaku. Dekat je. Tapi sebab tak ada jalan pintas kena berpusing - pusing.

Nampaknya misi Laksa Johor masih gagal.

Nota Kaki : Hujung minggu ini @ Hari pertama ahad di bulan Ogos dah ada plan nak pergi jalan - jalan cari makan di Buffet Breakfast area Puchong. Harap menjadi kenyataanlah.

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Banyak pilihan lauk tengah hari yang padu dan berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tukar - tukar tempat makan. Boleh merasa lauk pauk lain pulak.

      Delete
  2. Agaknya ramai orang laksa Johor kot haritu. Tak ada rezekilah nampaknya nak makan laksa Johor. Kena datang lagi di hari lain.
    Oohh ada ye orang jual sup pedas.
    Okaylah boleh makan kalau sambal tak pedas. Kalau panas berdesing tu bergaduh dengan peluh sambil makan. huhu...
    Semoga dapat bertemu dengan laksa Johor yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 dapat bertemu dengan laksa johor sedikit masa lagi.

      Delete
  3. Uish, kata nak diet Shai 🤭 bahaya betul pergi buffet masa diet ni hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya terpaksa diet dalam mimpi je lah. Dah habis kot episod makan buffet breakfast.

      Delete
  4. hahaah plan jjcm tu tak tally dgn plan nak diet --saya pun masih lom start diet ni...adoyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin faktor usia kot. Perut asyik berkeroncong sahaja.

      Delete
  5. Harus datang ke Johor agaknya nih bang 😄🤭. Saya pun sejak makan laksa Johor buatan kak Lin, ya Allah masih terbayang2 😍😍😍. Suka sangaaaaaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sudah berjaya makan Laksa Johornya. Tunggu entry yang akan datang. Sudah di bikin. Auto Update.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !